Bagaimana jika tentera-tentera umat Islam disatukan bagi menentang entiti Yahudi?

Sekiranya negara-negara anggota OIC bersatu di bawah satu ketenteraan, mereka bakal membentuk satu bala tentera yang terbesar dan paling komprehensif.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang telah ditubuhkan pada tahun 1969 berikutan jenayah pembakaran Masjid Al-Aqsa di Jerusalem yang dicerobohi entiti Yahudi,  akan bertemu di Istanbul pada hari Rabu ini bagi menganjurkan sidang kemuncak luar biasa untuk membincangkan isu Jerusalem selepas keputusan Presiden AS Donald Trump minggu lalu bagi mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota “Israel”  dan memindahkan kedutaan Amerika ke Jerusalem. Melalui persidangan tersebut, diharapkan mesej dan langkah yang jelas terhadap entiti Yahudi akan termeterai sebagai hasil daripada sidang kemuncak itu.

Pasukan ketenteraan yang terbesar di dunia

OIC merupakan sebuah organisasi di antara kerajaan yang kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan keanggotaan 57 negara dari empat benua. Organisasi ini merupakan suara kolektif dari kesemua dunia Islam dan boleh menandatangani sekatan ketenteraan dan ekonomi. Namun jika negara-negara anggota OIC bersatu di bawah satu pasukan ketenteraan, mereka bakal membentuk pasukan ketenteraan yang terbesar dan paling komprehensif di dunia. Dicatatkan bilangan askar yang aktif ketika ini sekitar 5,206,100 orang , manakala dana dalam bidang ketenteraan mencapai sehingga $ 175 bilion.

Kerdilnya entiti Yahudi jika dibandingkan Kesatuan Tentera Islam

Sebagai perbandingan mudah, betapa kerdilnya entiti Yahudi jika dibandingkan dengan penyatuan tentera umat Islam. Penduduk entiti Yahudi yang mencerobohi Palestin, mempunyai seramai 8,547 juta orang. Namun, penduduk Istanbul sahaja lebih dari 14 juta orang. Manakala, terdapat 160,000 askar yang aktif dalam pasukan ketenteraan entiti Yahudi, dan perbelanjaan pertahanan entiti Yahudi sebanyak $ 15.6 bilion.

Negara-negara Islam boleh mengepung entiti Yahudi

Salah satu keputusan yang boleh muncul daripada Sidang Kemuncak OIC adalah untuk menubuhkan “Kumpulan Penjaga Jerusalem” dengan beberapa negara umat Islam akan melindungi bandar Jerusalem. Dalam hal ini, langkah ketenteraan dijangka akan diambil. Dengan penubuhan pasukan tentera bersatu umat Islam ini akan membolehkan entiti Yahudi di kepung secara ketenteraan.

Peringkat Pertama dengan seramai 250,000 tentera

Dijangkakan seramai 250,000 tentera akan mengambil bahagian dalam peringkat pertama operasi tersebut. Pangkalan darat, udara dan pangkalan tentera negara-negara anggota yang terletak di kawasan yang paling kritikal bakal digunakan. Pangkalan bersama akan dibina dalam tempoh yang singkat. Markas darat utama dengan jaringan jalan yang berhampiran entiti Yahudi boleh dibentuk. Terdapat juga pangkalan udara sebagai tempat pesawat-pesawat terbang dari kawasan jauh boleh berkumpul. Entiti Yahudi juga mungkin menghadapi banyak kapal yang datang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah. Kemungkinan sebanyak 500 kereta kebal dan kenderaan perisai, 100 pesawat dan 500 helikopter serangan dan 50 kapal sedia untuk digerakkan.

Kekuatan Turki sahaja sudah mengatasi entiti Yahudi

Kemungkinan Turki boleh memainkan peranan penting sebagai pusat operasi tersebut. Turki yang baru-baru ini berjaya menyempurnakan operasi menyeberangi sempadan yang dipanggil “Euphrates Shield Operation”, menduduki tempat ketujuh di peringkat antarabangsa dengan kekuatan ketenteraannya. Dari segi saiz tenteranya, Turki menduduki tempat kedua di kalangan anggota-anggota NATO. Turki mempunyai kira-kira 4,000 kereta kebal, 1,000 pesawat dan 13 kapal selam. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Turki juga telah mengambil langkah untuk menambah sebanyak 194 kenderaan untuk armada-armada kapalnya.

Sebagai satu-satunya negara Islam yang mempunyai kelengkapan senjata nuklear, Pakistan mempunyai tempat yang penting di kalangan ahli OIC.

Pendirian Erdogan

Presiden Recep Tayyip Erdogan yang merupakan presiden OIC bagi penggal ini , telah menyampaikan mesej yang jelas mengenai Jerusalem. “Mereka yang berfikir Jerusalem milik mereka hari ini, namun tidak akan dapat mencari pokok untuk bersembunyi keesokan harinya,” kata Erdoğan. Menteri Pertahanan Malaysia Hishammuddin Hussein berkata tentera Malaysia bersiap bersedia untuk mempertahankan Jerusalem. “Kita perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan. ATM [Angkatan Tentera Malaysia] sentiasa bersedia, menunggu arahan daripada kepimpinan tertinggi. Marilah kita berdoa agar pertikaian ini tidak akan membawa kepada kekacauan, “kata Hussein.

Turki membina sekutu-sekutunya

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Turki telah membangunkan hubungan yang kuat dengan negara-negara anggota OIC. Ia telah mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan negara jiran Iraq, dan menandatangani banyak projek dengan Qatar dan Somalia, serta di antara negara-negara Teluk dan Afrika yang lainnya.

Terjemahan
Sumber: http://www.yenisafak.com/en/world/what-if-a-muslim-army-was-established-against-israel-2890448


Artikel terjemahan ini merupakan pendapat peribadi penulis. Ia tidak ada kaitan dengan pandangan rasmi Hizbut Tahrir