Baru Empat Hari Memegang Jawatan, Duta AS Telah Mengunjungi Menteri Pertahanan Malaysia, Apakah Mesejnya?
Menteri Pertahanan yang baru dari Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang baru empat hari bertugas di Kementerian yang amat penting itu, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, H.E Kamala Shirin Lakhdir. Perjumpaan tersebut diadakan di pejabatnya di Wisma Pertahanan dengan kehadiran beberapa pegawai kanan dari kedua-dua belah pihak. Mohamad Sabu dilihat bersalaman mesra dengan Kamala dalam pertemuan tersebut. Duta AS itu sebelum ini pada 21/05/2018 telah pun mengunjungi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan mengadakan pertemuan selama sejam, namun sangat sedikit liputan berita mengenainya. Semasa menjadi Perdana Menteri kali pertama dahulu, Mahathir memang terkenal lantang mengkritik negara Uncle Sam tersebut. Manakala Mohamad Sabu memang terkenal sebagai demonstran tegar di depan Kedutaan Amerika yang mengecam dan mengutuk segala campur tangan dan kejahatan Amerika ke atas dunia umat Islam.
Lawatan Duta AS ke Kementerian Pertahanan bukanlah suatu perkara kecil dan remeh. Ia penuh dengan mesej samada tersurat mahupun tersirat. AS memang terkenal dengan polisi campur tangannya dalam urusan negara-negara lain, apatah lagi negara umat Islam. Ia tidak akan membiarkan negara mana sekalipun terlepas daripada cengkamannya, apatah lagi jika negara tersebut mempunyai kepentingan kepadanya. Setelah mengadakan pertemuan pertama dengan Perdana Menteri, pertemuan keduanya ialah dengan Menteri Pertahanan, bukan dengan menteri-menteri lain. Hal ini sendiri sudah memberikan isyarat yang cukup jelas bagi mereka yang celik politik. Kunjungan duta ketua negara pengganas, apatah lagi baru empat hari Menteri Pertahanan yang baru memegang jawatan, sudah pasti memberi satu mesej yang cukup jelas bukan sahaja kepada Malaysia, malah kepada seluruh dunia bahawa Amerika sentiasa memerhatikan Malaysia daripada dekat. Manakala penerimaan baik Menteri Pertahanan yang baru dilantik itu ke atas kunjungan wakil negara musuh Allah (swt) itu memberi isyarat yang jelas akan pendirian Malaysia terhadap Amerika serta hubungan yang akan terjalin di antara kedua-dua negara pada masa depan.
Sehubungan itu, Hizbut Tahrir / Malaysia ingin menegaskan:
1- Amerika merupakan negara kafir yang sedang memerangi dan memusuhi umat Islam secara nyata (Ad-Daulah Al-Kafirah Al-Harbiyah Al-Muharibah Bi Al-Fi’li). Peperangan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Amerika ke atas umat Islam, khususnya di Iraq dan Afghanistan masih lagi berterusan sehingga ke hari ini. Ini belum mengambil kira peranan penting yang dimainkan oleh Amerika dalam perang di Syria, Yemen dan lain-lain serta dukungan tidak berbelah bahagi Amerika ke atas entiti Yahudi yang membolehkan kaum terlaknat itu membunuh umat Islam di Tanah Yang Diberkati (Palestin) dengan sewenang-wenangnya. Seluruh dunia sudah maklum akan kerjasama dan kejahatan Amerika yang mendukung rejim-rejim diktator di dunia Islam dan Amerikalah yang melantik serta menjaga boneka-boneka mereka di banyak negara kaum Muslimin. Keseluruhan tindakan dan kejahatan Amerika ke atas umat Islam ini menjadikan Amerika musuh Islam yang wajib dilayan sebagai musuh. Kedutaan Amerika sewajarnya ditutup dan duta mereka dihalau keluar. Ini yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan bukannya menerima Amerika sebagai sahabat atau tetamu.
2- Sungguh amat dikesalkan apabila Menteri Pertahanan yang dulunya sangat terkenal sebagai “pejuang Islam” telah menerima kunjungan Duta Besar Amerika ke pejabatnya, malah menyambutnya dengan penuh gembira. Amerika merupakan negara pengganas, malah merupakan pengganas nombor satu dunia, yang telah membunuh puluhan ribu, jika tidak ratusan ribu kaum Muslimin. Justeru, Menteri Pertahanan tidak sepatutnya menerima kunjungan tersebut dan menyatakan penolakan beliau dengan jelas. Inilah “mesej” yang kita perlu hantar kepada kerajaan Amerika bahawa kita (umat Islam) tidak akan menerima apa jua bentuk persahabatan dan kerjasama dengan pengganas Amerika selagi Amerika “tidak bertaubat” dari segala kejahatannya ke atas umat Islam dan negeri kaum Muslimin.
3- Lebih dikesalkan lagi apabila Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan menerima kunjungan duta Amerika ini di saat Amerika baru sahaja memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis, satu tindakan yang memberi tamparan yang cukup hebat kepada dunia Islam dan merupakan sebuah penghinaan oleh Amerika ke atas kaum Muslimin di seluruh dunia. Apatah lagi lebih 50 warga Tanah Yang Diberkati (Palestin) dilaporkan terbunuh dan ribuan yang lain cedera akibat keganasan tentera Yahudi tatkala warga Tanah Yang Diberkati (Palestin) melakukan protes terhadap perpindahan tersebut. Di saat inilah Menteri Pertahanan Malaysia menerima kunjungan duta Amerika dengan senyuman lebar!
4- Beginilah cara awal Amerika “menjinakkan” mana-mana kerajaan di dunia, dengan kunjungan bermanis muka dan menyampaikan hasrat untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang baik dengan mana-mana pemimpin. Sedangkan hakikatnya kita tahu bahawa sikap dan sifat musuh Allah (swt) yang mereka tidak akan redha dengan umat Islam selagi umat Islam tidak mengikuti cara hidup dan telunjuk mereka. Mereka merupakan kaum yang penuh hipokrasi dan tidak akan berdiam diri selagi umat Islam tidak tunduk kepada mereka. Di muka mereka membawa senyuman, tetapi di belakang mereka penuh dengan racun yang mematikan umat Islam. Mereka akan redha dengan mana-mana pemimpin umat Islam yang mengikut telunjuk mereka dan mereka akan campakkan pemimpin tersebut dengan penuh kehinaan apabila mereka sudah tidak memerlukannya lagi. Inilah Amerika!
Wahai Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan! Kami dengan ini mengingatkan anda agar sentiasa berhati-hati dengan agenda, hipokrasi dan tipu daya Amerika, walaupun dengan hanya sebuah kunjungan! Anda hendaklah berlaku keras terhadap orang-orang kafir yang menjadi musuh Allah (swt), musuh RasulNya (saw) dan musuh kaum Mukminin, dan hendaklah berkasih sayang dengan orang-orang Mukmin, sebagaimana firmanNya
﴿مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ﴾
“Muhammad itu adalah Rasullah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka” [Al-Fath (48):29].
Wahai Menteri Pertahanan! Jika anda terus menerima Amerika dengan tangan terbuka dan meneruskan polisi berbaik-baik dengan negara pengganas tersebut, maka tindakan anda ini sesungguhnya tidak ada beza dengan rejim sebelum ini yang telah anda “tumbangkan” kerana kemarahan dan kebencian anda kepadanya. Takutlah kepada Allah (swt) dalam pemerintahan anda. Jadikan musuh Allah (swt) sebagai musuh anda dan jadikan penolong (agama) Allah (swt) sebagai penolong anda. “Perjuangan Islam” anda selama puluhan tahun akan sia-sia, malah bertukar menjadi kemurkaan Allah (swt) sekiranya anda hanya meneruskan apa yang telah dilakukan oleh rejim sebelum ini. Umat Islam di banyak belahan dunia memerlukan bantuan daripada tentera kaum Muslimin untuk membebaskan mereka daripada kekejaman puak kuffar. Sekarang pihak yang benar-benar mempunyai kekuatan (Ahlu Al-Quwwah) di Malaysia ini berada dalam genggaman anda sama ada untuk terus disimpan di berek-berek atau digerakkan ke mana sahaja yang anda mahu. Sesungguhnya Allah (swt) sedang menguji dan memerhatikan anda sama ada anda akan menggerakkan tentera ini ke jalanNya atau anda akan terus mengurung mereka dalam keadaan tunduk kepada musuhNya. Bertakwalah kepada Allah (swt) dalam apa jua keputusan anda, walaupun dengan hanya menerima sebuah kunjungan!
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Sabtu, 10 Ramadan 1439 H
26/05/2018 M
Ruj: HTM/PR/12/1439
After Just Four Days in Office, the US Ambassador Paid a Visit to the Malaysian Defense Minister, What is the Message?
The new Defense Minister from Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, who has just been in this very important ministry for four days, has received a courtesy visit from the United States’ Ambassador to Malaysia, H.E Kamala Shirin Lakhdir. The meeting took place in his office at Wisma Pertahanan with the presence of several senior officials from both sides. Mohamad Sabu was seen smiling while shaking hands with Kamala in a very friendly gesture during the visit. Earlier, the US ambassador visited the Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad and had an hour meeting with him on 21/05/2018. However, there was very little coverage about the meeting. During his first tenure as a Prime Minster, Mahathir was famed for criticizing Uncle Sam. Mohamad Sabu was also famed as a hardcore protestor in front of the American Embassy, attacking and condemning all types of American interference and its crimes in the Muslim world.
The US Ambassador’s visit to the Ministry of Defense is certainly not a small and trivial matter. It is in reality full of explicit and implicit messages. The US is renowned for its intervention policies in the affairs of other countries, especially in the Muslim countries. It will not allow any country to escape its grip, especially so if the country is of its tremendous interest. After the first meeting with the Prime Minister, the second meeting that the US Ambassador had was with the Minister of Defense, not with the other ministers. This fact itself is a clear signal for those who has political awareness. The visit of the Ambassador of the world’s leading terrorist state, especially just four days after the Minister of Defense is in office, undoubtedly gives a clear message not only to Malaysia, but to the whole world that America is watching Malaysia very closely. Meanwhile, the acceptance by the newly-appointed Defense Minister of the visit by the representative of the enemy of Allah’s state signifies Malaysia’s stand on America and the future relation of the two countries.
In this regard, Hizb ut Tahrir / Malaysia wishes to emphasize:
1- America is clearly a country at war with the Muslim Ummah (Ad-Daulah Al-Kafirah Al-Harbiyah Al-Muharibah Bi Al-Fi’li). The wars and killings carried out by America on Muslims, especially in Iraq and Afghanistan are still ongoing. This is excluding the important role played by America in the war in Syria, Yemen and others, and excluding America’s unwavering support of the Jewish entity, enabling the said cursed nation to kill Muslims in the Blessed Land (Palestine) indiscriminately. It is an open secret that America supports and fully cooperate with the tyrants in the Muslim world and it is America who appoints and preserves their puppets in many Muslim countries. These actions and crimes of America against the Muslims make her a clear enemy to Islam and consequently, it must be treated as an enemy. The American embassy should be closed and its ambassador chased out of the country. This is what the Malaysian government should do and not, in turn, accept America as a friend or guest.
2- It is highly regrettable that the Defense Minister, once known as “an Islamic fighter”, had accepted a courtesy visit by the American Ambassador to his office, and even welcomed them happily. America is a terrorist state, and undoubtedly the world’s number one terrorist, who has killed tens, if not hundreds of thousands of Muslims. Thus, the Defense Minister should not have accepted the visit and should have expressed his objection clearly. This is the “message” that we have to convey to the American government, that we (Muslims) will never accept any kind of friendship and cooperation with the American-terrorist state for so long as America “does not repent” from all its crimes against the Muslim Ummah and the Muslim countries.
3- More regretfully, both the Prime Minister and the Defense Minister had received the visit of the American Ambassador at time when America has just shifted its embassy from Tel Aviv to Baitul Maqdis, a step that strikes a great blow to the Muslim world and is a clear insult by America to the Muslims across the globe. More than 50 people from the Blessed Land (Palestine) have been reported killed and thousands injured by the Jewish military violence during the people from the Blessed Land (Palestine) protest of the shifting. It is at this moment that the Malaysian Minister of Defense received a courtesy visit from the American ambassador with a great smile!
4- This is an early step in how America “tames” any government in the world, by a friendly visit and expressing intentions of having a good relationship and cooperation with the leader of the state. In reality, we know that the deeds and nature of the enemies of Allah (swt) is that that they will never be pleased with the Muslim Ummah and that we should not follow their way of life and direction. They are full of hypocrisy and will never be satisfied until the Muslims are subjected. Their faces are full of smile, but behind, they feed the poison that killed Muslims. They are very pleased with Muslim leaders who follow them and they will happily dispose of them in disgrace when they no longer need them. This is America!
O Prime Minister and the Minister of Defense! We hereby remind you to be mindful of the American agenda, hypocrisy and deception, even with just a visit! You must be severe against the Disbelievers who are the enemies of Allah (swt), the enemies of the Messenger (saw) and the enemies of the Believers, and be merciful with the Believers, as per His saying,
﴿مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ﴾
“Muhammad is the Messenger of Allah, and those who are with him are severe against disbelievers, and merciful among themselves” [Al-Fath: 29].
O Minister of Defense! Should you keep receiving America with an open hand and continue a friendly policy with the said terrorist state, then your actions are in no way different from the previous regime that you have “toppled” due to your anger and hatred to them. Fear Allah (swt) in ruling the country. Make the enemies of Allah (swt) as your enemy and make the helpers (of the Deen) of Allah (swt) as your helpers. Your “Islamic struggle” for decades will be futile, even turning into Allah’s wrath should you just continue with what the previous regime had done. Muslims in many parts of the world need help from the Muslim armies to liberate them from the atrocities of the Kuffar. Now the people of strength (ahlu al-quwwah) in Malaysia is in your hand. You can either continue to keep them in the barracks or to deploy them wherever you want. Verily, Allah (swt) is testing and observing you whether you are going to move this armies on His course or you will keep confining them and make them bow to His enemies. Be conscious of Allah (swt) in your decisions, even by just accepting a single visit!
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
Ref: HTM/PR/12/1439
26/05/2018 CE
Saturday, 10th Ramadan 1439 AH