Belasungkawa: Perginya Seorang Pejuang Khilafah (Ustaz Syaril)
Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengalami kehilangan yang besar atas pemergian salah seorang anggotanya, Ustaz Syaril Nohong pada 25hb Disember 2024 yang lepas di kala usianya 46 Tahun (1978 – 2024). Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam batu 11 Sandakan. Beliau meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya setelah mengalami sakit perut dan demam seusai menyampaikan kuliah subuh di masjid berhampiran.
Beliau yang merupakan seorang lulusan dari Mesir telah mula bersama HTM sejak tahun 2007. Seorang yang peramah di dalam menyampaikan dakwah, sangat berpegang teguh kepada kebenaran dan bersungguh-sungguh di dalam memperjuangkannya.
Sejak menyertai HTM, beliau telah banyak terlibat dengan aktiviti dakwah bersama dengan para pejuang khilafah yang lain, antaranya adalah menyampaikan kuliah di masjid dan surau, mengajar Bahasa Arab, aktiviti dakwah lapangan (street dakwah) dan terlibat di dalam pelbagai kempen dakwah yang dianjurkan oleh HTM.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas beliau dan menerima segala amal beliau serta menempatkan beliau Bersama-sama para anbiya, para syuhada dan orang-orang yang saleh.
Amiin ya rabbal ‘alamin.