Bolehkah Maaf Hapuskan Dosa Zina?
Krisdayanti mohon maaf
JAKARTA: Menyedari dia hamil anak luar nikah, Krisdayanti (KD) dikatakan memohon maaf kepada peminat dan rakyat Indonesia. Melalui kakaknya, Yuni Shara, KD menyatakan alasan kenapa dia memberitahu kehamilannya itu kepada umum.
Penyanyi terkenal Indonesia itu yang melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan asal Timor Leste, Raul Lemos kira-kira dua bulan lalu, mengaku dia hamil empat bulan, minggu lalu.
Menurut Yuni, adiknya itu enggan dicap negatif.
“Dia juga tidak mahu tertekan dengan menyembunyikan kehamilannya daripada masyarakat, lebih-lebih lagi katanya, dia dikenali ramai dan sudah pasti akan menjadi tumpuan setiap masa. “Dia tidak mahu sembunyi dan dikecam. Orang ramai akan tahu juga akhirnya. “Dia harap masalah yang ditanggungnya dapat difahami semua pihak,” kata Yuni kepada wartawan di Jakarta, semalam.
Menurutnya, KD tidak mahu meniru selebriti lain yang menyembunyikan kehamilan luar nikah mereka.
“Begitu ramai pasangan selebiriti baru menikah tetapi melahirkan anak selepas beberapa bulan saja,” ujar Yuni.
Dia juga mengaku menyangka KD semakin gemuk kerana banyak makan sebelum ini. “Saya melihat gambarnya bercuti selepas berkahwin. Saya menyangka dia semakin gemuk kerana makan. Tak sangka dia hamil,” katanya. – Agensi
Sumber : Kosmo Online, 28/04/2011
Bolehkah Maaf Hapuskan Dosa Zina?
Kisah di atas bukan sekadar menconteng arang di muka orang tua, tetapi terpalit juga pada umat Islam secara umumnya. Wanita yang mesra dengan panggilan KD ini amat malu jika peminat memandang negatif pada perilaku dosanya ini. Murka peminatnya, bermakna hilanglah mata pencariannya, hilang manfaat dan kenikmatan dunia yang selama ini diraihnya. Masya Allah… Langsung tidak dihirau murka dan azab Allah Yang Maha Esa!
Jika KD lupa, ingin kami ingatkan hukum hudud ke atas penzina yang telah dan pernah menikah (muhsan) adalah direjam dengan batu sehingga mati berdasarkan perbuatan Rasul s.a.w (fi’lur rasul) yang pernah merejam wanita bernama Ghamidiyah serta hukuman ke atas seorang lelaki bernama Maiz.
Dalam kes KD ini, dua daripada tiga cara pembuktian (bayyinat) telah dipaparkan oleh media. Pertama, pengakuan (al-iqrar) daripada pelaku zina dengan pengakuan yang penuh kesedaran, dan kedua, kehamilannya yang terhasil bukan dari perkahwinan yang sah. Sayangnya, pembuktian ini bukan di dalam mahkamah Khilafah Islam.
Wahai umat Islam, bukalah mata dan minda anda. Idea kebebasan bertingkahlaku yang mendasari demokrasi benar-benar menyesatkan dan membuatkan semakin ramai tidak menghiraukan hukum Allah. Mereka malu dengan manusia, tetapi tidak malu dengan Penciptanya. Hanya pemerintahan Khilafah Islam kaffah yang dapat menjamin kehormatan dan kemurnian nasab seseorang manusia! Maafkan kami KD kerana kami tidak berhak memaafkan kamu kerana kamu melanggar hak Allah..