Bukan Tutup Pangkalan, Tapi Lancarkan Jihad Ke Atas Amerika!
ISLAMABAD: Amerika Syarikat mengosongkan pangkalan udara Pakistan berikutan tarikh akhir yang diberikan Islamabad selepas serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bulan lalu yang mengakibatkan 24 tentera terbunuh, kata pegawai.
Tentera Pakistan, dalam satu kenyataan menegaskan pesawat terakhir yang membawa pegawai tentera Amerika dan kelengkapan meninggalkan pangkalan udara Shamsi, di barat daya wilayah Baluchistan, menyempurnakan proses yang bermula minggu lalu.
Kawalan pangkalan itu kini diambil alih tentera, kata kenyataan itu.
Pangkalan dipercayai digunakan dalam serangan rahsia pesawat kawalan jauh Agensi Perisikan Amerika (CIA) menentang Taliban dan komander al Qaeda di barat laut kawasan puak Pakistan di sempadan Afghanistan.
Pegawai keselamatan kanan yang enggan namanya dikenali memberitahu AFP: Warga Amerika sudah mengosongkan pangkalan udara Shamsi dan menyerahkannya
kepada pasukan keselamatan Pakistan.
Seorang lagi pegawai di Baluchistan mengesahkan kumpulan terakhir pegawai Amerika meninggalkan pangkalan itu dengan dua pesawat semalam.
Hubungan tegang Islamabad dan Washington menjadi semakin serius berikutan 26 serangan NATO pada November di mana Pakistan menyifatkan ia sebagai serangan yang disengajakan.
Pakistan menutup dua sempadan ke Afghanistan bagi bekalan Amerika dan NATO serta memberikan pegawai Amerika sehingga semalam untuk meninggalkan pangkalan udara Shamsi.
Duta Amerika ke Islamabad Cameron Munter memberitahu stesen televisyen Pakistan minggu lalu, bahawa pihaknya mematuhi arahan yang diberikan.
Sementara itu, di PESHAWAR, jurucakap Taliban menafikan pengumuman sebelum ini yang timbalan ketua kumpulan itu mengadakan rundingan damai dengan kerajaan.
Dakwaan bercanggah itu menunjukkan petanda jelas perpecahan dalam pergerakan itu, yang mungkin menyebabkan lebih sukar untuk menamatkan pemberontakan di negara itu. AP/AFP
Sumber : Berita Harian 12/12/2011
Bukan Tutup Pangkalan, Tapi Lancarkan Jihad Ke Atas Amerika!
Amerika Syarikat (AS) sudah sekian lama bertapak di Pakistan. Sejak berjaya menancapkan agen mereka di bumi Pakistan, kewujudan pengkalan tentera AS ini bukanlah suatu rahsia lagi. Mereka mengerti bahawa Pakistan yang merupakan negeri umat Islam yang terkuat dari segi kelengkapan ketenteraan malah merupakan satu-satunya negeri umat Islam yang memiliki senjata nuklear, pastinya tidak akan dibiarkan bebas. Oleh itu, mereka sentiasa mencengkam Pakistan dari segenap aspek, termasuklah dari segi urusan keselamatan negara. Malangnya para pemimpin Pakistan ini lebih rela menjadi hamba kepada Amerika daripada menghambakan diri kepada Tuhan mereka, walhal sikap mereka ini amat bertentangan dengan firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat” [TMQ al-Mumtahana (60) : 1].
Dalam perkembangan terbaru ini, tindakan Pakistan bukanlah suatu yang perlu dibanggakan. Apalah gunanya tentera AS secara fizikal meninggalkan bumi Pakistan namun agen- agen dan undang- undang kufur mereka masih diterapkan? Ataukah ini cuma sekadar gimik untuk menutup kemerosotan hemogeni Amerika? Adalah amat naïf sekiranya dengan tindakan secebis ini sudah cukup untuk kita melupakan pengkhianatan para pemimpin Pakistan dengan sekian ramai umat Islam di Pakistan menjadi mangsa kerakusan AS. Lihatlah apa yang telah para pemimpin ini lakukan di persempadanan Pakistan-Afghanistan. Mereka sepatutnya menjaga kehormatan dan darah kaum muslimin tetapi merekalah yang bersengkokol dengan AS melakukan serangan ke atas kaum Muslimin. Malah, tindakan AS bebas melakukan serangan di Pakistan seolah- olah menampakkan Pakistan itu tanah milik mereka!
Apa yang kita mahukan adalah bukannya pengusiran tentera AS oleh Pakistan, tetapi yang kita inginkan adalah agar Pakistan melancarkan jihad ke atas Amerika! Dan seterusnya memerangi mereka walau di mana tentera mereka berada, lebih- lebih lagi sekiranya mereka menjajah tanah kaum Muslimin. Inilah yang kita harapkan agar dilakukan oleh para pemimpin Pakistan dan seluruh pemimpin umat Islam yang lain dalam berdepan dengan ketua penjenayah dan musuh Allah ini. Sekiranya ini tidak dilakukan, wajar sekalian tempat para pemimpin ini diganti dengan pemimpin yang ikhlas seperti Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhammad Al Fateh, Sultan Saifudin Qutuz serta para khalifah umat Islam sebelum ini untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu penjajahan Barat. Dengan izinNya, pertolongan Allah semakin hampir, semoga kita sempat bersama- sama berjihad memerangi musuh Allah ini sehingga mereka jatuh satu persatu umpama jatuhnya daun- daun kering pada musim luruh. Wallahu a’lam.