Gay dan Lesbian, Natijah Kebebasan Dalam Ideologi Kapitalisme
2,697 pasangan gay dan lesbian “berkahwin” di Argentina
Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires. Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mreka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama. – AP
Sumber : Berita Harian Online, 16/07/2011
Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan beberapa pendedahan berani yang telah dibuat oleh ramai individu-individu gay dan lesbian yang menuntut agar mereka dilayan sama seperti individu-individu yang lain. Lebih menyedihkan lagi, mereka ini ada orang-orang yang mengaku diri mereka sebagai seorang Muslim. Demokrasi sentiasa menjamin kebebasan manusia dalam bertingkah laku selagimana ia tidak menggangu kebebasan individu lain. Elemen ini merupakan intipati yang perlu dipertahankan oleh sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, demi melestarikan kebebasan individu ini yang akhirnya menggantikan Allah sebagai as-Syari’ (pembuat hukum). Perbuatan gay dan lesbian bukan sahaja mengundang kepada murka Allah, malahan ia juga bakal merosakkan seluruh keturunan manusia. Semoga kemenangan Islam semakin hampir dan segera membebaskan negara-negara Amerika Latin dan seluruh dunia daripada penjajahan sistem kapitalisme dan demokrasi kepada berada di bawah naungan Islam, yang akan mengatur serta menyelesaikan seluruh masalah kehidupan manusia.