JHEAINS sah tahan anggota HTM
Kemas kini (12.05 pm) – Anggota Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Jamaluddin Maidin Syed, sah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sekitar jam 2.30 pagi tadi, setelah beliau menghadirkan diri ke Pusat Dakwah Islam, Paroi atas permintaan JHEAINS.
Hal tersebut dimaklumkan oleh anak beliau sendiri yang mengiringi beliau ke Pusat Islam tersebut.
Sebelumnya, sekitar jam 11.00 malam tadi JHEAINS telah melakukan serbuan di premis beliau dan bertindak menahan isteri dan anak perempuan beliau, serta dua orang pekerja beliau.
Buat masa ini kami belum dapat menghubungi beliau mengenai sebab-sebab penangkapan.
Berita lanjut menyusul…