Kempen untuk Gaza oleh Muslimah Hizbut Tahrir Britain
Pada hari Isnin 26hb Januari 2009,Muslimah di Barat Kota London,Britain berhimpun bagi membincangkan tentang penyelesaian bagi membantu saudara-saudara Islam di Gaza dan seterusnya menghentikan penindasan ke atas Palestin. Timbalan wakil media Muslimah Hizbut Tahrir Britain, Saudari Sultanah Parvin bersama pembentang-pembentang lain telah membongkar bagaimana pengkhianatan pemimpin-pemimpin Muslim di negeri-negeri Arab menjadi faktor penyebab utama mengapa saudara-saudara Muslim kita di Gaza dengan sewenang-wenangnya telah di bom, dibunuh serta dicederakan. Walaupun memiliki kekuatan tentera Islam seramai dua juta orang di sekeliling Palestin, mereka hanya memeluk tubuh dan diam menyaksikan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Palestin. Para pembentang juga menjelaskan bagaimana kepimpinan Islam iaitu Daulah Khilafah akan menggerakkan bala tentera Muslimin dan melindungi maruah dan kehormatan Umat Islam dan juga mereka menyeru kaum Muslim untuk menyokong perjuangan bagi menegakkan Daulah Khilafah di dunia Islam.
Sumber: Hizbut Tahrir Britain
Gambar-gambar Kempen untuk Gaza oleh Muslimah Hizbut Tahrir Britain – Tentera-tentera Kaum Muslim wajib mempertahankan Gaza