Palestin di veto lagi, sampai bila umat yang mulia ini akan sedar?
Harapan Palestin untuk mengakhiri pendudukan Yahudi terus meleset rentetan draf resolusi yang dibentangkan di PBB yang menuntut pendudukan entiti haram itu berakhir dalam tiga tahun akan datang, di veto oleh Amerika Syarikat(AS).
Semasa draf resolusi dibentangkan pada penghujung tahun lepas, 8 dari 15 anggota Dewan Keamanan PBBmendukung resolusi tersebut, manakala 5 negara berkecuali dan 2 menolak. Dua negara yang menolak adalah AS dan Australia. Oleh kerana AS merupakan anggota tetap Dewan Keamanan PBB dan memiliki hak veto, draf resolusi tersebut gugur serta-merta dan tidak mempunyai sebarang nilai.
Sebagaimana yang diketahui, draf resolusi itu diajukan oleh Jordan, yang merupakan anggota tidak tetap Dewan Keamanan PBB. Duta Besar Jordan untuk PBB, Dina Kawar mengatakan bahawa draf resolusi itu telah didukung oleh seluruh delegasi negara Arab yang berjumlah 22 negara.
Draf tersebut berisi tuntutan agar entiti haram Yahudi mengakhiri pendudukan di wilayah Palestin pada akhir 2017. Di samping itu, draf tersebut menuntut diadakannya rundingan untuk membahas garis sempadan yang ada sebelum pendudukan Yahudi di Tebing Barat, Jerussalem Timur dan Semenanjung Gaza pada Perang 1967.
Sesungguhnya hal di atas bukanlah mengejutkan malah sememangnya diduga. AS adalah sekutu rapat, malah penjaga Israel, masakan AS akan membenarkan draf resolusi yang tidak berpihak kepada sekutunya itu. Keputusan AS ini tidak lain kecuali menguatkan lagi bukti yang AS adalah pendukung sejati kepada penjajahan dan kekejaman Yahudi.Ia juga menambahkan lagi daftar panjang pembuktian bahawa PBB hanyalah alat kepentingan AS dan kuasa-kuasa Barat.
Malangnya penguasa Arab yang khianat dan sebahagian umat Islam masih tetap tidak sedar atau tidak mahu sedar. Di mata mereka, masih tetap menaruh harapan pada AS dan kuda tunggangannya, PBB!
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Jordan, sebagai negara penggagas kepada draf resolusi ini, dengan dukungan daripada negara-negara Arab yang lain, tidak lebih dari sandiwara semata-mata, cuba menunjukkan yang mereka mendukung perjuangan rakyat Palestin. Padahal mereka sudah tahu, resolusi apapun yang tidak sejalan dengan kepentingan Amerika dan Israel akan pasti diveto oleh AS.
Semua itu adalah tadhlil siyasi (penyesatan politik) semata-mata. Di satu sisi, apa yang cuba dizahirkan oleh para penguasa Arab ini adalah dukungan mereka terhadap Palestin. Walhal di sisi yang lain, mereka mereka tidak pernah melakukan langkah yang nyata untuk menghentikan penjajahan Yahudi ke atas Palestin. Malah, mereka menjalin hubungan baik dengan entiti haram Yahudi dan sentiasa berpeluk dengan Amerika yang merupakan penjaga bangsa terlaknat itu.
Tidak ada apa yang boleh diharapkan daripada AS dan PBB! Malah bergabung (menjadi negara anggota) PBB adalah haram di sisi Islam! PBB-lah yang melahirkan negara haram Yahudi di tanah Palestin dan PBB-lah yang selama ini memastikan entiti Yahudi itu terus wujud dan PBB terus berdiam diri dengan segala kejahatan dan penjajahan Yahudi ke atas Palestin!
Sesungguhnya tidak ada penyelesaian lain untuk membebaskan tanah Palestin yang diberkati kecuali dengan jihad, yang tidak pernah dilancarkan oleh para penguasa Muslim!
Hizbut Tahrir berjuang di seluruh dunia untuk mendirikan kembali Khilafah ala minhaj nubuwwah, yang Insya Allah tatkala ia berdiri sedikit masa lagi, Khalifah akan mengerahkan bala tenteranya bagi membebaskan bukan sahaja Palestin, malah keseluruhan tanah umat Islam yang dicengkam Barat. Sesungguhnya kemenangan itu pasti datang di tangan pemimpin yang bertakwa.