Peranan Muslimah dalam Mendirikan Kembali Daulah Khilafah : Bab 1

Mukaddimah
Kegagalan satu persatu sistem aturan kehidupan yang dilahirkan dari akal manusia pada hari ini dalam rangka menyelesaikan masalah umat manusia bukanlah sesuatu fakta yang mampu disembunyikan lagi.  Setelah kegagalan dan keruntuhan sistem sosialisme, seluruh pelusuk dunia telah di dominasi oleh sistem sekular, demokrasi dan kapitalis.  Natijahnya, dunia berada di satu persada kehancuran dan menghadapi malapetaka buruk di dalam cengkaman kejam sistem busuk ciptaan kuffar Barat ini.

Sistem-sistem ini menjadi amalan dan pegangan negeri-negeri di dunia Islam dan hasilnya telah menjerumuskan seluruh umat Islam ke dalam satu jurang permasalahan yang tidak berkesudahan baik dari segi kehidupan sosial, ekonomi mahupun politik.

Umat Islam yang suatu ketika dahulu merupakan satu kelompok umat manusia dengan peradaban yang gemilang dan memerintah satu pertiga dunia dengan kemahsyurannya telah di bawa ke lembah kehinaan dan kelemasan dengan berbagai masalah dan krisis kehidupan. 

Namun begitu, situasi ini bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan kerana di dalam kitab suci Al Quran dengan jelas telah dinyatakan akibat dan natijah seandainya umat Islam berpaling dari sistem kehidupan yang di turunkan Allah SWT sebagaimana firmanNya:

Jika datang kepadamu petunjuk dari Ku, maka ketahuilah barangsiapa mengikuti petunjukKu, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.  Dan barangsiapa berpaling dari peringatan Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.”   [ TMQ Taha 20:123-124]

Khilafah merupakan sebuah sistem yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk sekalian umat manusia sama ada bagi kaum Muslimin ataupun sebaliknya.  Ianya merupakan sebuah payung di mana umat Islam dapat berteduh di bawah nya dengan melaksanakan Syariat Islam secara kaffah(menyeluruh) dalam setiap aspek kehidupan mereka.

Negara Islam Khilafah ini di ketuai oleh seorang Khalifah yang mengikuti teladan Rasulullah SAW dalam memimpin sebuah Negara dan khalifah juga seorang pemimpin umat Islam yang sah di bai’ah dan beliau akan menerapkan Deen Allah di dalam sistem pemerintahannya untuk Negara Islam yang wujud itu.  Sebaliknya, sistem yang sedang diterapkan ditengah-tengah kehidupan umat Islam di negeri-negeri mereka pada ketika ini bukanlah berasal dari Islam samada sistem kerajaan beraja, diktator ataupun sistem pemerintahan demokrasi.

Kepentingan dan keperluan wujudnya Khilafah sepatutnya bukan lah sesuatu idea yang asing bagi umat Islam di bumi Malaysia ini.  Di atas dasar kefahaman yang mendalam dan keyakinan yang jelas tentang konsep sistem pemerintahan Khilafah ini lah telah menyebabkan kewujudan parti gerakan Islam yang bergerak demi menegakkan kembali sistem Khilafah di muka bumi ini walaupun mereka ditentang dan dihalang oleh pihak-pihak penguasa yang tunduk pada sistem kufar Barat peninggalan British di rantau ini.

Kesatuan dan kekuatan Umat Islam sebagai satu kuasa besar telah berakhir akibat dari keruntuhan Daulah Khilafah Islamiyyah pada 3 Mac 1924.  Apa yang tinggal pada saat ini hanyalah perpecahan umat Islam kepada lebih enam puluh buah negeri-negeri kecil yang lemah dan diperhambakan oleh kufar Barat semahu-mahunya tanpa ada kekuatan suara mahupun kuasa di arena dunia.  Manakala Deen Allah yang sepatutnya di jadikan sebagai landasan dan asas kepada penyelesaian permasalahn kehidupan umat telah di perkecilkan fungsinya hanya kepada ibadah ritual bersifat peribadi dan individual semata-mata dengan setiap hukum hakam yang benar itu di simpan dan dikawal dengan rapi agar tidak dapat diterapkan.

Pada saat ini, menegakkan kembali Khilafah yang akan menerapkan syariat Islam secara menyeluruh di dalam kehidupan umat manusia  adalah satu kefardhuan ke atas setiap kaum Muslimin baik lelaki mahupun wanita.

Setiap dari umat Islam bertanggungjawab ke atasnya selagi mana Khilafah masih tidak tertegak sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar Radhiallahu anha, bersabda Baginda SAW:

Dan barangsiapa yang mati dengan tiadanya bai’ah di pundaknya (bahunya), maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah (berdosa).”  [HR Muslim]

Hadis ini merujuk kepada berdosanya seseorang Muslim yang mati tanpa memberikan bai’ah kepada seorang khalifah yang dilantik dan hukuman dosa yang disebut di dalam hadis ini menunjukkan arahan mewujudkan seorang khalifah itu adalah wajib.  Berusaha untuk menegakkan kembali Khilafah adalah satu kewajipan yang tertaklif kepada kaum lelaki mahupun wanita, dan kedua-duanya tetap menanggung dosa kerana ketiadaan Khilafah kecuali apabila mereka bersama-sama berusaha kearah mewujudkannya.

Artikel-artikel seterusnya adalah terjemahan dari sebuah buku risalah yang diterbitkan oleh Hizbut Tahrir dalam usaha kami untuk menyeru kepada semua Muslimah terutamanya di Malaysia untuk bergerak bersama-sama kami, Muslimah HTM dan bersama-sama Muslimah lain di seluruh dunia dalam usaha murni yang dituntut Allah SWT ini, iaitu untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah.  InsyaAllah semoga dengan usaha ini, kita akan dijauhkan dari dosa dan meraih redha dan ganjaran dari Allah SWT ke atas usaha kita sebagaimana firmanNya:

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya dengan berfirman, Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki mahupun perempuan.” [ TMQ Al Imran 3: 195]

Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.  [ TMQ al Nahal 16: 97]

Artikel ini akan diterjemahkan dan disiarkan di ruangan ini secara berperingkat mengikut Chapter.  Wallahu’alam


Peranan Muslimah Dalam Menegakkan Kembali Daulah Khilafah

BAB1: Tanggungjawab seorang wanita Muslimah

Pertama:  Mempunyai Keyakinan yang Teguh Terhadap Akidah Islam

Firman Allah Subhanahu wa Taala(SWT):  “Dan barangsiapa menyembah Tuhan yang selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka perhitungannya hanya pada Tuhannya.  Sungguh orang-orang kafir itu tidak akan beruntung.” [TMQ Al Mu’minun 23:117]

Apakah di samping Allah ada Tuhan yang lain? Katakanlah, “kemukakan bukti kebenaranmu, jika kamu orang yang benar.”  [TMQ An Naml 27:64]

Setiap manusia tidak kira lelaki mahupun wanita bertanggungjawab terhadap Allah ke atas kepercayaan dan keyakinan mereka kepada Islam.  Setiap manusia akan ditanyakan tentang Aqidah dan kepercayaan mereka.  Semestinya tiada diantara manusia yang boleh terlepas dengan sebarang alasan mahupun melepaskan tanggungjawab dari persoalan ini kepada orang lain.

Sesungguhnya Allah SWT dengan amat jelas telah meminta bukti sahih(Burhaan) dari sesiapa pun yang mengatakan adanya Tuhan selain Dia SWT.  Ini bermakna, setiap manusia wajib memikirkan tentang perkara ini kerana dua perkataan yang terdapat di dalam Al Quran iaitu Burhaan dan Sultan(bukti) menunjukkan bahawa Allah SWT meminta sebuah dalil yang Qathe’i, iaitu sesuatu yang benar-benar pasti dan Allah melarang penggunaan dalil yang bersifat sangkaan(Zann).

Firman Allah SWT: “ Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti dugaan.  Sesungguhnya dugaan(sangkaan) itu tidak sedikit pun berguna untuk melawan kebenaran.”  [TMQ Yunus 10:36]

Allah berfirman lagi: “ Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu…”  [TMQ Al Hujaraat 49: 15]

Tanggungjawab ini sememangnya terletak di atas bahu kedua-dua lelaki dan wanita.  Semua muslimah yang beriman kepada kitab suci Al Quran dan Seerah Rasulullah SAW mengimani adanya Allah melalui akal fikiran mereka tanpa sebarang keraguan.  Mereka benar-benar mempercayainya walaupun mereka melalui segala kepayahan dan keperitan di atas keimanan mereka itu.

Di dalam Al Quran, Allah SWT memberikan perumpamaan kepada kita tentang wanita yang beriman seperti isteri kepada Firaun, Asiah Alaihi Salam, ketika beliau berdoa, “ Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fira’un dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” [TMQ At Tahreem 66:11]

Juga umpama Maryam Alaihi Salam, ibu kepada Isa Alaihi Salam:  “Dan Maryam puteri Imran yang memelihara kehormatannya.  Maka kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari roh ciptaan kami, dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitabNya; dan dia termasuk orang-orang yang taat.”  [TMQ At Tahreem 66:12]

Wanita-wanita ini melalui kepayahan dan keperitan dalam meneruskan keimanan kepada jalan kebenaran, namun mereka tetap berpegang teguh kepada kebenaran itu dan Allah memuji mereka di dalam kitab suciNya.

Wanita pertama yang memeluk islam ialah Hazrat Khadijah Alaihi Salam.  Syahidah pertama yang mati kerana Islam adalah seorang wanita bernama Sumayyah Radhiallahu Anhu(RA).

Para wanita muslimah merupakan golongan yang aktif dan memainkan peranan yang amat penting di sepanjang sejarah kebangkitan Islam.  Anak perempuan kepada Al Khattab, Fatimah telah memeluk Islam walaupun abangnya Umar Al Khattab masih tidak beriman kepada SAW pada ketika itu. 

Telah diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas telah bertanya kepada Umar RA tentang cara beliau memeluk Islam.  Umar berkata: “ Tiga hari selepas Hamzah memeluk Islam, aku telah keluar dari rumahku dan terserempak dengan seorang lelaki dari suku Makhzumi dan aku bertanyakan kepadanya: “ Adakah kamu lebih mempercayai ajaran yang dibawa Muhammad dari agama nenek moyang kamu?”

Lelaki suku Makhzumi itu menjawab: “ Seseorang yang mempunyai pertalian yang lebih rapat dengan kamu daripada aku telah pun berbuat demikian juga.”  Aku bertanya kepadanya siapakah mereka itu.  “ Saudara perempuan dan iparmu” jawab lelaki Makhzumi itu.

Aku terus bergegas pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah adikku telah dikunci dari dalam dan aku terdengar suara yang kurang jelas datangnya dari dalam.  Kemudian, apabila pintu di buka, aku memasuki rumahnya dan bertanyakan: “ Apakah dia suara yang aku dengari tadi?”  Adikku menjawab: “ Engkau tidak mendengar apa-apa.”

Kami bertegang leher dan sebaik aku memukul kepalanya, beliau menjawab dengan suara bantahan “ Kami lakukan perkara ini tidak kira sama ada kamu sukakannya atau tidak”.  Aku merasa amat bersalah bila aku melihat kepalanya berlumuran darah dan berkata: “ Tunjukkan kepada ku risalah itu”.  Umar telah menceritakan tentang seluruh kejadian itu. [Al Isabah Fi Tamyeez Al Sahaba, oleh Ibnu Hajar Al Asqalani].

Walaupun mendapat tentangan hebat dari abangnya, Fatimah amat yakin dengan kepercayaan beliau dan tidak sedikit pun tergugat dengan ugutan dan kekasaran Umar.

Terdapat beberapa contoh lain mengenai para wanita yang beriman dengan keyakinan mereka sendiri dan sanggup mempertaruhkan keselamatan mereka.

Anak perempuan Abu Sufyan, Ummu Habibah, telah memeluk Islam di saat bapanya masih lagi jahiliyyah.  Ketika Ummu Habibah di usir, beliau tetap teguh berpegang kepada Islam walaupun suaminya telah murtad .  Suami beliau, Ubaidullah bin Jahash telah berhijrah ke Madinah bersama-samanya untuk menyelamatkan diri dari dihukum kerana memeluk Islam tetapi sebaliknya, tatkala sampai ke Abyssinia, suaminya telah murtad dan menganuti Kristian iaitu agama Abyssinia pada ketika itu.  Suaminya telah cuba memujuk beliau untuk melakukan perkara yang sama agar selamat, tetapi Ummu Habibah tetap teguh dengan pegangan dan keimanan Islamnya serta tabah mengharungi segala keperitan yang terpaksa dihadapi sebagai seorang pelarian.  [Tareek Al Tabari]

Ummu Kalthum binti Ugba bin Abi Mait juga telah memeluk Islam di saat seluruh ahli keluarganya masih menganuti agama jahiliyyah nenek moyang mereka.  Beliau turut berhijrah ke Madinah untuk meneruskan hidup di bawah Syariat Islam.

Ramai para wanita terdahulu yang telah memeluk Islam dan diseksa kerana berbuat demikian.  Salah seorang yang sangat terkenal pengorbanannya ialah Sumayyah binti Khubat RA, seorang syahidah.  Beliau adalah ibu kepada Ammar bin Yassir RA, dan merupakan orang yang ketujuh memeluk Islam.  Suku kaum Mughira telah menyeksa beliau dengan amat kejam. 

Orang ramai yang lalu-lalang pada ketika itu menyaksikan bagaimana Sumayyah telah diseksa bersama- anak lelaki dan suaminya di bawah panas terik bumi Mekah.  Rasulullah SAW memujuk beliau dengan berkata: “ Sabarlah wahai keluarga Yasir dengan seksaan dan penderitaan ini.  Sesungguhnya Allah telah menjanjikan syurga untuk kamu di sana.” 

Sumayyah sudah berusia, uzur dan lemah.  Abu Jahal juga merupakan salah seorang ynag turut menyeksa Sumayyah RA.  Akhirnya jasad wanita berusia yang semakin lemah dan uzur itu tewas kerana penyeksaan yang amat kejam keatasnya tanpa berganjak dari keimanannya dan menemui ajal sebagai hamba Allah yang pertama syahidah kerana mempertahankan keIslamannya.

Contoh lain adalah Harithah binti Muammil RA, saudara perempuan kepada Ummu Ubais yang juga dikenali sebagai Zunairah Al Romiyah.  Beliau adalah seorang budak hamba yang merupakan diantara golongan awal memeluk Islam.  Beliau juga merupakan antara perempuan yang diseksa kerana keimanannya.  Abu Jahal sering memukulnya dengan teruk, begitu juga Umar RA sebelum beliau memeluk Islam.  Selepas Harithah memeluk Islam, beliau telah melalui penyeksaan fizikal yang amat berat sehingga beliau kehilangan penglihatannya.

Ketabahan dan keteguhan yang di tunjukkan olah para wanita solehah di zaman silam ini dan juga di zaman sekarang di negeri-negeri yang muslimahnya dikejami dan ditindas kerana Deennya, adalah hasil dari keimanan mereka kepada Islam menurut apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT di dalam kitab suci Al Quran.  Iaitu dengan menggunakan akal untuk mengkaji realiti dan membuat kesimpulan yang paling pasti tanpa sedikit pun keraguan bahawasanya Allah itu benar-benar wujud dan sememangnya Al Quran itu adalah kalimah-kalimah dari Allah SWT.  Al Quran memerintahkan kita untuk mengkaji realiti yang berada di hadapan mata kita dan melihat Ciptaan alam yang dengannya kita akan dapat melihat bukti sebenar tentang kewujudan Allah SWT.

Allah berfirman: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.”  [TMQ Al Imran 3:190]

Setelah wujud keyakinan terhadap Allah SWT, maka kepercayaan dan keyakinan bahawa keajaiban mukjizat Kitab suci Al Quran merupakan petunjuk dari Allah SWT juga wajib di bina.  Keajaiban Kitab suci Al Quran adalah pada susunan bahasanya.  Allah mencabar sesiapa yang mengatakan bahawa kitab suci ini bukan dari Nya SWt, untuk menulis satu surah seperti di dalam Al Quran ataupun yang standing dengannya.

Kaum Arab yang megah dengan kelancaran dan kebijakan mereka di dalam bahasa Arab telah berusaha keras dengan sedaya upaya mereka namun terus-terusan menemui kegagalan.  Selama lebih 1400 tahun tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan Al Quran.  Sememangnya Al Quran adalah kitab suci dan petunjuk yang diturunkan oleh Allah SWT.  Ia nya merupakan sebuah panduan bagi golongan yang benar-benar ikhlas ingin mengagungkan Allah SWT dan oleh kerana ianya di bawa oleh Rasulullah SAW, sudah selayaknya baginda adalah pesuruh Allah dan Al Quran sebagai bukti kerasulan Baginda SAW.

Tatkala Aqidah(kepercayaan) telah diyakini sepenuh hati, dan difahami sedalamnya, ianya akan menjadi asas dan landasan yang kukuh kepada segala bentuk pemikiran dan perilaku kita. 

Segala yang difikirkan dan dirasai oleh seseorang Muslim, juga segala tindak-tanduknya akan berpaksikan kepada Aqidah yang diyakini ini.  Ukuran kepada tindakan dan kelakuan mereka adalah “Halal’ dan “Haram”, maka mereka akan menghindari dari yang Haram dan hanya akan melakukan perkara yang telah dinyatakan Allah sebagai Halal.  Dengan itu, hasilnya dia akan menjadi seorang Muslim yang mempunyai keperibadian Islam yang teguh.  Allah berfirman: “Sesiapa yang menolak Taghut(Syaitan), dan beriman kepada Allah, mempunyai pegangan kepada satu ikatan yang kuat yang tidak akan pecah.

.akan bersambung di bahagian kedua…