Syabab HTI ditangkap kerana video membela Muslim Uighur

Salah seorang syabab (pemuda) Hizbut Tahrir Indonesia (HTI), Ali Baharsyah telah ditangkap dan didakwa di mahkamah di negara itu atas dakwaan menghina Presiden Indonesia, Jokowi dan dakwaan memuatnaik video yang dikatakan menyebarkan kebencian ke atas kaum Cina di Indonesia.

Padahal beliau mengungkap mengenai kezaliman rejim China ke atas Muslim Uighur di Turkestan Timur dan menjelaskan bahawa kaum Cina di Indonesia dilayan dengan baik oleh pemerintah, tidak seperti rejim China melayan Muslim Uighur. Ucapan beliau tersebut hanyalah sebahagian daripada video penuh beliau yang menyeru umat Islam agar kembali kepada Khilafah. Menurut ramai pengamat dan juga pasukan peguam beliau, seruan beliau kepada Khilafah itulah yang sebenarnya menjadi target kepada pemerintah Indonesia untuk menangkap beliau.

Lebih menyedihkan, beliau difitnah pula sebagai penyimpan video lucah.

Berikut kami paparkan penjelasan pasukan peguam yang mewakili beliau dalam kes ini:

Berkaitan dengan penangkapan dan penahanan anak guam kami, Sdr Ali Baharsyah. Berikut ini saya akan memberikan pendapat hukum (legal opinion) sebagai berikut:

PERTAMA: Bahawa Ali Baharsyah ditangkap di antaranya atas dakwaan memuatnaik video yang pada asasnya seperti berikut “…… keturunan China Kafir di Indonesia bebas beribadah, ada yang jadi pengusaha, pejabat…… kondisi ini berbanding terbalik dengan umat Islam Uyghur yang hidup di Xinjiang, mereka dipaksa melepaskan Aqidah nya, mereka dianiaya, disiksa……..” . Video ini dibuat oleh Ali Baharsyah terkait pembelaan terhadap Muslim Uyghur pada tahun 2019. Ali Baharsyah disoalsiasat atas laporan dalaman polis (LP jenis A) iaitu Laporan Polis Nombor: LP/A/0290/111/2019/BARESKRIM tanggal 06 Maret 2019;

KEDUA: Bahawa perkara yang dituduhkan terkait adanya dakwaan jenayah ucapan kebencian berdasarkan SARA dan/atau diskriminasi terhadap ras dan etnik, sebagaimana di maksud dalam Fasal 45A ayat (2) Jo Pasal 28 ayat (2) Undang-Undang Nombor 19 Tahun 2016 tentang Perubahan Atas Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 Tentang Informasi dan Transaksi Elektronik dan atau Fasal 16 Jo Fasal 4 huruf b angka 1 Undang-Undang Nombor 40 Tahun 2008 Tentang Penghapusan Diskriminasi Ras dan Etnik.

KETIGA: Bahawa saya berpendapat pernyataan Ali Baharsyah terkait frasa “Keturunan China Kafir di Indonesia…” mesti disemak secara keseluruhan dari isi video. Dan apabila dilihat tidak terdapat ucapan berupa ajakan atau provokasi untuk melakukan kejahatan terhadap etnik;

Bahawa jika disemak secara keseluruhan, ucapan yang disampaikan Ali Baharsyah adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah membela saudara Muslim Uighur/Xinjiang yang memang dizalimi rejim pemerintah Negara China. Kesimpulannya, ucapan Sdr. Ali Baharsyah dapat dinilai bukan jenayah ucapan kebencian berdasarkan SARA dan/atau diskriminasi terhadap ras dan etnik.

http://www.lbhpelitaumat.com/2020/04/ali-baharsyah-ditangkap-dan-ditahan_26.html?m=1

Doa kami dari Malaysia buatmu wahai Ali Baharsyah, sang pejuang syariah dan Khilafah, semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan kepadamu, mengangkat darjatmu dan menghapuskan kezaliman darimu dengan segera. Dan semoga Allah menyegerakan berdirinya Khilafah yang akan menyelamatkan umat ini.