Ucapan dari Amir Hizbut Tahrir sempena kedatangan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Ucapan Selamat dari Amir Hizbut Tahrir al-‘Alim al-Jalil Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah Kepada Para Pelawat FB Beliau Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan al-Mubarak 1443 H (2022 M)

Kepada sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan untuk manusia…Umat Islam yang telah dimuliakan oleh Allah dengan ketaatan kepada-Nya.

Kepada para pengembang dakwah yang dimuliakan, yang perdagangan dan jual beli tidak melalaikan mereka dari mengingati Allah.

Kepada para pelawat FB yang dimuliakan yang melawat FB kami dalam rangka memperolehi kebaikannya.

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Saya mendoakan keberkatan untuk kalian di bulan yang mulia ini.

﴿شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ﴾

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)” [Al-Baqarah (2): 185].

Ia adalah bulan yang di dalamnya Allah memuliakan kaum Muslimin dengan kurnia ampunan sebagaimana sabda Rasulullah (saw):

«مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ» أخرجه البخاري عن أبي هريرة

“Siapa yang menunaikan qiyam Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu” [HR al-Bukhari dari Abu Hurairah].

Ia adalah bulan yang di dalamya al-Quran diturunkan; di dalamnya terdapat pertolongan dan kemenangan yang nyata; ia adalah bulan perjuangan, kesungguhan dan keseriusan; ia adalah bulan ibadah, kesabaran dan jihad. Maka singsinglah lengan baju kalian wahai kaum Muslimin, untuk berlumba melakukan kebaikan kerana pahala dan kebaikan dilipatgandakan pada bulan ini.

Saya memohon kepada Allah (swt) agar menerima puasa dan qiyam kalian, dan agar bulan yang mulia ini menjadi pembuka kepada kebaikan dan keberkatan, serta pendahuluan kepada pertolongan dan tegaknya al-Khilafah ar-Rasyidah, sehingga umat ini bernaung dengan panji al-‘Uqab, panji La ilaha illallah Muhammadun Rasulullah, dan sehingga umat ini kembali sebagaimana dahulunya sebagai umat yang mulia, kuat dengan Rabbnya dan mulia dengan agamanya.

﴿وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ﴾

“Pada hari (kemenangan) itu bergembiralah orang-orang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [Ar-Rum (30): 4-5].

Wassalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Malam 1 Ramadhan 1443 H

1 April 2022 M

Saudaramu,

Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah

https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/81218.html