Ucapan tahniah daripada Amir Hizbut Tahrir, ulama terkemuka, Atha bin Khalil Abu Ar-Rashtah, kepada pengunjung lamannya sempena Ramadhan Mubarak 1444 H bersamaan 2023 M

بسم الله الرحمن الرحيم

(Terjemahan)

Kepada umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia…umat Islam yang Allah muliakan dengan ketaatan kepada-Nya…

Kepada para pengembang dakwah yang mulia, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan mahupun perdagangan daripada mengingati Allah…

Kepada pengunjung laman yang dihormati, yang mengunjunginya kerana kebaikan yang dikandungnya…

Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatahu,

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabatnya, dan orang-orang yang mengikutinya.

Allah (swt) berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan kepada petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, di hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” [Al-Baqarah 2:185].

Rasulullah (saw) bersabda, sebagaimana dikeluarkan oleh Al-Bukhari dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap (pahala dari Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Sesungguhnya Ramadhan ialah bulan ibadat, ampunan, penjelasan kepada petunjuk dan pembeza.

Begitu juga, Ramadhan ialah bulan jihad dan futuhat yang nyata, yang di dalamnya berlaku perang Badar al-kubra, dan di dalamnya berlaku futuhat Mekah, futuhat yang agung yang menjadi titik permulaan bagi tentera kaum Muslimin membawa panji-panji kebaikan kepada seluruh pelosok dunia…Dan kita memohon kepada Allah (swt) agar bulan yang mulia ini menjadi permulaan kebaikan dan keberkatan buat umat Islam, agar Khilafah Rasyidah akan kembali semula, dan itu merupakan janji daripada-Nya (swt).

وَعَدَ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman” [Al-Ma’idah (5): 9]

dan berita gembira daripada Rasul-Nya (saw). Maka Islam dan penganutnya akan dimuliakan manakala kekufuran dan penganutnya akan dihinakan.

وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللهِ

“Dan pada hari itu orang-orang yang beriman akan bergembira * dengan pertolongan daripada Allah” [Ar-Rum (30): 4-5].

Wassalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatahu

Saudaramu,
Atha’ Bin Khalil Abu ar-Rashtah

1 Ramadhan 1444 Hijrah
23 Mac 2023 Masihi