Video Lucah Barah Sistem Kapitalis

altKECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular. Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi. Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi. Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut. Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet. Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja.
Bersaing

Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba. Sebagai contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini. Perlu diakui, zaman remaja adalah peringkat perkembangan individu mencari identiti diri. Sekiranya tiada didikan daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sudah rosak akhlak.

“Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan.

“Filem lucah tidak menunjukkan kasih sayang, keintiman dan keistimewaan hubungan antara pasangan, sebaliknya ia mempamerkan kekasaran dan kekerasan lelaki terhadap perempuan demi memuaskan nafsu,” jelasnya kepada USA Today.

Jelas Flood lagi, bukti dari seluruh dunia mendapati pornografi memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tapi juga komuniti. Bahkan, hasil daripada soal selidik yang dijalankan secara rambang, Flood merumuskan kanak-kanak yang suka menonton aksi lucah sering gagal dalam membina hubungan dengan pasangan dan kebanyakannya lebih gemar melakukan hubungan seks bebas. Tahun lalu juga, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak. Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton. Di Amerika Syarikat pula, dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem yang menayangkan aksi seks kasar. Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan di negara itu pada tahun 1970 dan 1986 mendapati seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun.

Sumber : Kosmo, 6/02/2011

Video Lucah : Gagal Mencegah Kerana Masih Menerapkan Sistem Kapitalis

Sikap pemerintah yang tidak mengambil Islam di dalam menyelesaikan masalah ranting ini telah merumitkan lagi keadaan dan langkah-langkah yang diambil langsung tidak mengarah kepada jalan penyelesaian. Pembuat dan pengedar video lucah masih berleluasa dan tiada tindakan yang diambil untuk menyekat sebilangan orang-ramai termasuk kanak-kanak melihat laman web lucah. Golongan yang kerap dipersalahkan adalah individu itu sendiri, ibu bapa dan pihak sekolah yang dikatakan kurang mengambil berat terhadap pergaulan anak-anak, kurang memberikan didikan agama, penyebaran video lucah secara haram dan sebagainya. Namun, tidak pernah kita dengar mereka menyalahkan pemerintah kerana gagal menerapkan Sistem Penghukuman Islam. Sistem Penghukuman Islam yang mempunyi ciri-ciri zawajir (Pencegahan) dan jawabir (penebus) adalah jawaban kepada segala kemelut sosial yang sedang melanda umat pada ketika ini. Ini adalah kerana apabila sistem penghukuman Islam diterapkan, maka ianya akan menjadi pencegah kepada orang lain untuk melakukan atau mengulangi kesalahan yang sama tanpa mengira jenis teknologi  yang digunakan apabila sabit kesalahan dan ia juga menjadi penebus kepada dosa-dosa yang telah dilakukan dan di dunia. Namun, untuk menerapkan Sistem penghukuman Islam ini, maka terlebih dahulu Sistem Khilafah wajib didirikan agar Sistem Penghukuman itu dapat diterapkan. Firman Allah SWT:

 “Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

Jadi, apa lagi yang ditunggu oleh pemerintah kita pada hari ini? Jika tidak, maka tunggulah pembalasan daripada Allah yang akan menanti mereka di hari akhirat kelak. Bagi kaum muslimin yang hidup di dalam sistem jahiliyyah pada hari ini, bersama-samalah kita berusaha mengembalikan Syariat Islam dan menghidupkan kembali kehidupan yang diredhai oleh Allah, iaitu kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Semoga dengan ini, kita akan mendapat naungan rahmat Allah SWT.