Harta Dihamburkan Tanpa Rasa Bersalah

Demi menambah koleksi harta kekayaannya yang terhampar dari London sehingga ke Beijing, Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani dikhabarkan telah membeli enam buah pulau di Kepulauan Echinades, Yunani. Pulau ini dibelinya dengan harga 8.5 juta euro atau bersamaan dengan 34 juta ringgit. Kesemua pulau-pulau itu dibeli untuk anak-anaknya yang berjumlah 24 orang. Bahkan terdapat sejumlah laporan media menyatakan bahawa penguasa Qatar itu telah membuat pengubahsuaian terhadap segala harta miliknya yang berada di London yang menelan belanja sebanyak 10 bilion paun sterling.

Di saat kaum Muslimin berada dalam kemiskinan dan serba kekurangan, al-Quran pula dihinakan, tanah-tanah umat Islam diceroboh dan dijajah, darah kaum Muslimin ditumpahkan dan kehormatan mereka dirampas, di saat itu pula ada harta-harta kaum Muslimin yang dihamburkan oleh tangan-tangan manusia yang seaqidah yang bodoh lagi tidak bertanggungjawab. Tidak ada sesiapa yang dapat menghentikan kebodohan manusia yang telah membazir dan boros dalam menghabiskan harta umat ini selain daripada Khalifah. Khalifah ini kelak akan segera dibai’at oleh umat Islam dan hanya dia sahaja yang dapat menamatkan segala pengkhianatan yang dilakukan oleh para penguasa ejen kuffar barat di saat ini. Masa itu akan segera tiba, insyaAllah. AllahuAkbar!

Sumber: www.theaustralian.com.au