Disebalik Bantuan Kemanusiaan Rohingya
Sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diadakan di Mekah baru-baru ini juga belum menghasilkan apa-apa tindakan yang benar-benar dapat menyelamatkan umat Islam Rohingya. Apa yang menyedihkan, tiada tekanan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin umat Islam ke atas Myanmar. Apakah yang ditakutkan kepada sebuah negara miskin seperti Myanmar itu? Amat menyedihkan sikap para pemimpin umat Islam pada hari ini. Sidang tergempar OIC yang diharapkan dapat memberikan tekanan sebenar ke atas Myanmar masih belum memberikan apa-apa hasil bahkan, ada kalangan pemimpin umat Islam yang menghantar surat menyokong proses demokrasi di Myanmar dan sekadar menjanjikan bantuan di dalam membantu meringankan beban umat Islam Rohingya seperti yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia, sebuah negara yang mempunyai umat Islam paling ramai di dunia.
Beberapa perspektif mengenai kesengsaraan dan penderitaan yang lalui oleh umat Islam Rohingya di Myanmar:
1. Konflik yang melibatkan umat Islam di Myanmar pada ketika ini mirip dengan konflik yang pernah berlaku ke atas umat Islam di Balkan pada 20 tahun yang lalu dari segi pembunuhan dan penindasan. Jika pada 20 tahun yang lalu, umat Islam Bosnia di Balkan yang tidak memiliki apa-apa senjata untuk mempertahankan diri mereka telah dibunuh dengan kejam oleh terroris berbangsa Serbia, manakala ketika ini di Barat Myanmar, berlaku pula penghapusan etnik Rohingya yang beragama Islam oleh terroris Buddha, musyrikin. Umat Islam Rohingya tidak memiliki sebarang senjata yang boleh mempertahankan diri mereka daripada terroris Buddha musyrikin. Alasan mereka dihalau, ditindas dan dibunuh hanyalah semata-mata kerana mereka beragama Islam dan ini adalah sama sepertimana yang diceritakan di dalam Surah al-Buruuj, di mana sekumpulan umat yang telah beriman dengan wahyu yang dibawa oleh Rasul Allah telah dibunuh oleh kaum kafir hanya semata-mata mereka telah beriman dengan Allah dan RasulNya.
2. Pendirian berat sebelah (double standard) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di dalam isu penindasan manusia apabila mereka hanya bersungguh-sungguh membela kaum minoriti Kristien yang ditindas seperti di Timor-Timor dan Sudan Selatan sehingga kedua-dua wilayah tersebut dipisahkan daripada negara yang majoriti penduduknya adalah umat Islam. Timor-Timor dipisahkan daripada Indonesia manakala Sudan Selatan dipisahkan daripada Sudan. Sedangkan nasib umat Islam yang hidup sebagai kaum minoriti tertindas seperti di Wilayah Selatan Thailand, Wilayah Arakan Myanmar, Wilayah Selatan Russia, Wilayah Turkestan Timur(Xinjiang) China dan Pulau Mindanao Filipina tidak ditangani dengan serius. Ini sebenarnya merupakan salah satu bukti yang nyata PBB sebenarnya didominasi oleh kuasa barat yang amat membenci Islam. Hanya melalui perlaksanaan Sistem Khilafah yang menyatukan seluruh umat Islam di bawah seorang pemimpin, iaitu Khalifah sahaja yang dapat menyelamatkan umat Islam di wilayah-wilayah tersebut. Sabda Rasulullah SAW:
“Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]
3. Bangladesh dan wlayah Arakan (kawasan yang didiami oleh umat Isam etnik Rohingya sejak ratusan tahun yang lalu) hanya dipisahkan satu garisan sempadan. Namun, apa yang menyedihkan adalah Bangladesh telah menutup sempadannya daripada dimasuki oleh umat Islam Rohingya yang cuba melarikan diri daripada terroris Buddha Myanmar. Lebih menyedihkan, mereka telah menghalang sejumlah persatuan untuk beroperasi di sempadan Myanmar dan Bangladesh untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada wilayah Arakan di Myanmar. Situasi ini mirip dengan dengan tindakan rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menutup pintu Rafah di sempadan Mesir-wilayah Gaza yang menghalang kemasukan pelarian daripada Gaza bahkan menyukarkan usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza yang sedang diserang oleh Israel. Disebabkan oleh peristiwa ini, umat Islam telah memprotes tindakan rejim Mubarak di merata konsul-konsul Mesir di beberapa buah negara. Beberapa tahun kemudian, rejim Mubarak akhirnya tumbang disebabkan oleh protes rakyatnya sendiri. Walaupun sebelum berlakunya konflik terbaru ini,negara Bangladesh ada menerima pelarian Rohingya beberapa dekad lalu, tetapi keadaan mereka di kem-kem pelarian di Bangladesh sangatlah daif dan tidak terbela. Tindakan yang dilakukan oleh Mesir dan Bangladesh ini berbeza dengan Daulah Khilafah Uthmaniyyah berpusat di Istanbul bukan sahaja telah menerima masuk pelarian-pelarian umat Islam dari Andalusia, tetapi juga kaum Yahudi dari Andalusia yang melarikan diri mereka daripada penghapusan etnik yang dilakukan oleh kerajaan Kristian Sepanyol apabila Sepanyol jatuh ke tangan kaum Kristian pada tahun 1492. Inilah bezanya Daulah Khilafah yang membantu umat Islam dan kaum lain yang tertindas jika dibandingkan oleh negara-negara muslim yang sekular, moderat atau liberal pada zaman ini.
4. Kegagalan para pemimpin negara umat Islam hari ini di dalam melindungi umat Islam Rohingya di wilayah Arakan terserlah dengan hanya sekadar dapat menghulurkan bantuan kemanusiaan dan tidak lebih daripada itu. Memang benar bahawa umat Islam Rohingya memerlukan bantuan kemanusiaan, tetapi bantuan berbentuk kemanusiaan itu sahaja tidak mencukupi. Apabila umat Islam ditindas dan dizalimi oleh kuasa kuffar, maka Alllah (SWT) memerintahkan umat Islam yang mempunyai kekuasaan ketenteraan untuk berjihad bagi menghentikan penindasan dan kezaliman kuasa kuffar tersebut.
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)..” [TMQ An Nisaa’ (4) :75]
5. Bagaimanakah sebuah negara yang baru hendak membangun seperti Myanmar begitu berani membunuh, merogol, menindas dan menghalau umat Islam Rohingya daripada kampung halaman yang mereka di wilayah Arakan? Ianya adalah sama sepertimana peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ke atas umat Islam sebelum ini di Bosnia, Palestin, Kashmir, wilayah selatan Russia, Turkestan Timur, Iraq dan Afghanistan. Kezaliman dan pembunuhan umat Islam langsung tidak dibela dan dipertahankan oleh negara-negara muslim yang liberal dan moderat ini. Tidak ada negara umat Islam yang mengirim bala tenteranya yang terlatih untuk menamatkan kezaliman yang menimpa umat Islam. Sebaliknya, pejuang-pejuang mujahideen yang berani telah secara sukarela menyusup masuk ke wilayah-wilayah tersebut untuk berjuang mempertahankan nyawa umat Islam. Disebabkan belum ada sejarah di mana tentera negara umat Islam telah turun berperang membela nyawa umat Islam yang tertindas, maka negara yang miskin seperti Myanmar berani menzalimi umat Islam Rohingya, sebab mereka tahu bahawa negara umat Islam lain tidak akan menghantar tentera-tentera terlatih mereka untuk membalas tindakan mereka. Apa yang berlaku sejak dari dahulu adalah penghantaran bantuan kemanusiaan sahaja yang tidak akan menghentikan kezaliman kaum Buddha musyrikiin terhadap umat Islam Rohingya. Kezaliman tersebut akan terus berlaku kecuali para pemimpin umat Islam mengorbarkan jihad dan mengirimkan pasukan tentera mereka yang terlatih untuk menghentikan kezaliman kaum Buddha musyrikiin tersebut, sehingga mereka berasa khuathir untuk memerangi umat Islam Rohingya lagi di masa hadapan dan seterusnya menjadi pengajaran kepada kaum kuffar yang lain.
Wa Allahu A’lam.
Rujukan :
1. Utusan Malaysia 14/8/2012 dan 15/8/2012
2. Human Rights Watch : www.hrw.org