HTM perjelas konflik di Syria, bongkar konspirasi Barat dan jalan penyelesaian

muna_syria_2016_01BANGI 19 Jun – Umat Islam di negara ini mesti memainkan peranan dalam mendepani konflik Syria dan bersama-sama membentuk wa’yul ‘am (kesedaran umum) terhadap Islam dan ra’yul ‘am (pandangan umum) ke arah penegakanDaulah Khilafah ala minhaj nubuwwah, yang bakal menyelamatkan umat Islam sekali gus mengeluarkan Syria dari konflik yang telah berlarutan selama 5 tahun itu. Demikianlah kesimpulan yang dapat dirumuskan dalam Munaaqashahanjuran Khilafah Centre dengan kerjasama HizbutTahrir Malaysia yang bertajuk “Perang Syria: Konspirasi Kuffar Barat Melawan Kebangkitan Islam” pada Ahad lalu di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS.

Program tersebut membariskan Dr. AmmarYaser dan Ustaz Mus’abAnas sebagai pembentang.Dalam pembentangannya, Dr. Ammar menghuraikan sejarah dan realiti konflik dan membongkar strategi-strategi licik Barat, khasnya Amerika Syarikat (AS) dalam merampas serta mempengaruhi revolusi yang sedang berlangsung di sana agar menurut kemahuannya. Bagaimanapun, brigade-brigade yang ikhlas dan majoriti umat Islam menolak campurtangan AS dan menginginkan penerapan syariah di bawah bingkai Khilafah. Mereka ternyata menolak idea-idea rosak seperti demokrasi, sekularisme dan negara sivil yang dicanangkan oleh AS.

Dalam pada itu, HizbutTahrir selaku sebuah parti politik Islam antarabangsa turut memainkan peranan di Syria dalam membongkar konspirasi licik kuffar Barat, dan memupuk kesedaran Islam, sekali gus berusaha membentuk pandangan umum yang mendukung penegakan syariah dan Khilafah di bumi Syam itu.

muna_syria_2016_02

Mus’ab pula membawa pembahasan tentang kebangkitan hakiki yang sepatutnya dibawa oleh umat Islam yang mesti dimulai dengan perubahan pemikiran. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa perubahan hakiki akan hanya dapat dicapai sekiranya umat Islam meneladani thariqah(jalan) dakwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan thariqah inilah yang dilalui olehHizbutTahrirdalam rangka menegakkan Khilafah, baik di Syria mahupun di belahan dunia yang lain.

Di penghujung pembentangan, beliau menyeru agar umat Islam bersama-sama HizbutTahrir dalam usaha menerapkan syariah dalam bingkai Khilafah, sebagai satu-satunya jalan yang syarie untuk membebaskan bumi Syria dan wilayah-wilayah umat Islam yang lainnya dari belenggu penjajahan pada hari ini.

Beliau menutup pembentangan dengan menjelaskan bisyarah (khabar gembira) yang disebut oleh Rasulullah SAW,

muna_syria_2016_03Kenabian akan berlangsung di tengah kalian selama masa waktu yang dikehendaki oleh Allah. Allah kemudian mengangkatnya jika Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian khilafah ‘ala minhaj nubuwwah berlangsung selama masa waktu yang dikehendaki oleh Allah. Allah kemudian mengangkatnya jika Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian kerajaan yang diwariskan berlangsung selama masa waktu yang dikehendaki oleh Allah. Allah kemudian mengangkatnya jika Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian kerajaan yang dikatator berlangsung selama masa waktu yang dikehendaki oleh Allah. Allah kemudian mengangkatnya jika Dia telah berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian khilafah ‘ala minhaj nubuwwah berlangsung.” Kemudian Rasulullah SAW diam” [HRAth-Thayalisi, Ath-Thabari, dan al-Baihaqi dalam Minhaj an-Nubuwwah].

Bisyarah yang disebut dalam hadis ini (tegaknya Khilafah ala minhaj nubuwwah untuk kali yang kedua) merupakan kewajipan yang mesti dilakukan oleh setiap Muslim untuk direalisasikan, sebagaimana bisyarah Rasulullah SAW bahawa kota Konstantinople akan dibuka, lalu panglima dan tentera Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan kewajipan tersebut, yang akhirnya kemuliaan itu dicapai oleh Muhammad al-Fateh setelah lebih 800 tahun bisyarah tersebut disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Majlis ditutup dengan bacaan doa sekitar jam 1 petang. Semoga semua yang terlibat dalam majlis ilmu ini mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.