Pengumuman kematian Sheikh Fathi Muhammad Saleem Abu Ghazi (syabab HT generasi awal)
Kami amat sedih dan berdukacita di atas kematian Syeikh Fathi Muhammad Saleem Abu Ghazi pada 13 Syawal 1429H bersamaan 12 Oktober 2008M. Syeikh Abu Ghazi merupakan salah seorang pemikir yang amat dihormati, seorang cendekiawan dan ahli politik di dalam umat. Beliau banyak menulis tentang pemikiran Islam dan analisis politik dan artikel serta wawancaranya banyak disiarkan oleh Pejabat Media Hizbut Tahrir.
Semoga Allah merahmatinya dan meletakkannya bersama-sama para Anbiya, Siddiqqin, Syuhada’ dan Solihin dan alangkah baiknya golongan-golongan tersebut.
Sesungguhnya kami amat terasa akan kehilangan Syeikh Abu Ghazi dan walaupun linangan air mata dan betapa hibanya hati mengiringi pemergian beliau, namun tidak ada apa yang dapat kami ucapkan kecuali apa yang diajar oleh Allah,
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami akan kembali.” [TQM al-Baqarah (2):156]
16 Syawal 1429H
15 Oktober 2008