Soal Jawab: Percaturan Rusia dan Amerika di Syria

Soalan: Kita tahu bahawa Rusia memasuki Syria melalui perjanjian bersama dengan Amerika atau dengan perintah dari Amerika bagi mengekalkan rejim Assad dan mewujudkan keadaan bagi penyelesaian politik dengan pihak pembangkang. Tetapi, Amerika telah hampir membatalkan usaha Rusia untuk menyatukan rejim Assad dengan pihak pembangkang di Astana dan Sochi & lain-lain, dan jika Amerika menghadiri (mesyuarat), Amerika hanya menjadi pemerhati sebagaimana Jordan! Apakah penjelasan kepada situasi ini , terima kasih?


Jawapan: Penjelasan mengenai situasi ini boleh disimpulkan dalam dua perkataan: Pertama keangkuhan Amerika dan kedua kebodohan Rusia, dan ini  menunjukkan bahawa:

1.      Benar sekali bahawa campur tangan Rusia adalah dengan persetujuan Amerika Syarikat atau melalui perintah Amerika bagi menjaga kepentingan Amerika di Syria. Kami telah menjelaskannya dalam buletin yang dikeluarkan pada 11/10/2015, dengan tajuk : “… tragedi, di sebalik kebohongannya ; Amerika berpura-pura menyebelahi para revolusioner dan ia menjadi sukar untuk Amerika melawan revolusioner secara terbuka, dan mereka telah menimbulkan kemudaratan kepada rejim Assad . Namun Amerika masih belum lagi mempersediakan solusi alternatif , oleh itu Rusia ditugaskan untuk melakukan kerja kotor bagi Amerika. Peranannya adalah untuk menyokong rejim Assad secara terbuka dan berdiri melawan para revolusioner secara terbuka kerana Rusia dibenarkan perang terhadap revolusioner , dan rejim Assad itu sudah bersedia untuk memanggil Rusia dengan perintah Amerika. Itulah yang berlaku. Rusia telah bersetuju untuk memainkan peranan jahat ini, yakni memainkan peranan jahat bagi melayani Amerika ! “Kami memperincikan hal ini dengan lebih jelas dalam” Jawapan untuk Soalan “kami yang dikeluarkan pada 18/11/2015 bertajuk:” Perkembangan Terkini di Lapangan Syria “, yang dinyatakan :

a) Pencerobohan Rusia ke Syria dilakukan dengan segera pada 30/9/2015, setelah pertemuan di antara Obama dan Putin pada 29/9/2015; pertemuan itu berlangsung selama 90 minit … Krisis Ukraine menjadi isu pertama yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut , manakala isu kedua, Presiden memfokuskan pada situasi di Syria . Keputusan daripada mesyuarat itu , dapat diperhatikan dengan tindakan pantas Russia. “Pada 30/9/2015 Majlis Persekutuan Rusia sebulat suara telah meluluskan permintaan Putin untuk menggunakan tentera udara Rusia di Syria … Berita “Rusia Today”, 30/9/2015″.

b) Kebanyakkan kawasan-kawasan yang telah dibom oleh Rusia di Syria , telah mendapat persetujuan daripada pihak Amerika. CNN dipetik pada 4/10/2015: Jeneral Andrey Kartapolov, pegawai tentera  Rusia dari General Staff, berkata pada petang Sabtu 3/10/2015, bahawa kawasan-kawasan yang telah disasarkan serangan oleh tentera udara Rusia, merupakan kawasan yang telah dikenal pasti oleh pemerintah askar Amerika sebagai markas utama bagi pengganas-pengganas dan telah terdahulu  dimaklumkan kepada Moscow oleh Amerika.

Oleh itu, Amerika Syarikat membawa masuk Rusia ke kancah konflik Syria untuk menyokong rejim dan mewujudkan suasana ke arah Penyelesaian Amerika ( America’s Solution). Rusia memasuki Syria bukanlah untuk mencari penyelesaian mahupun seolah-olah Rusia mengawal keadaan & situasi di Syria.

Tetapi  dengan kebodohan Rusia, selepas kekejaman yang dilakukannya dan keupayaannya untuk menjaga rejim Assad daripada jatuh,  Rusia ditipu dengan berfikir bahawa situasi di Syria boleh diselesaikan dengan penyelesaian politik dan berpendapat bahawa Amerika tidak akan menentang tindakan itu , sebaliknya, Amerika akan bersetuju selagi ia (Rusia),  terus mengetuai peranan kejamnya di Syria seperti yang diarahkan dan melindungi rejim daripada jatuh.

2. Berdasarkan pemahaman yang salah ini, Rusia memanggil mesyuarat di Astana dan Sochi, dan ia menjemput kumpulan penentang dan merangka rencana-rencananya. Dan Rusia memanggil Amerika untuk mengambil bahagian dan menjemput Amerika untuk menyertainya serta meminta Amerika memainkan peranan yang penting dalam mesyuarat tersebut : “Biskov berkata hari ini (Sabtu), dalam tempoh yang terdekat, terdapat perkembangan positif mengenai penyelesaian Syria,” Tetapi ia, untuk mencapai satu tahap yang baru serta lebih kualitatif, ia memerlukan usaha bersama, yang semuanya memerlukan Rusia untuk berurusan dengan Amerika Syarikat dalam satu kerjasama atau kerjasama yang lain “… (Orient News 4/11/2017). Rusia berharap untuk mengadakan sidang kemuncak di antara Presiden Putin dan Presiden AS Trump di Vietnam pada sidang kemuncak APEC pada 10/11/2017, dan telah berkali-kali dan secara terbuka meminta agar pertemuan di antara kedua-dua belah presiden semasa sidang kemuncak APEC itu. Dengan maksud bahawa Rusia ingin menyelaraskan hubungan dua hala diantara Amerika Syarikat berkenaan konflik Syria, tetapi Amerika tidak memberi sebarang respon dan sebaliknya Amerika hanya bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bersama bagi kedua-dua presiden, di mana seolah-olah pertemuan keduanya telah berlangsung walaupun tidak sampai ke tahap mesyuarat, ia adalah Kenyataan Rasmi yang telah disediakan oleh pakar-pakar dari kedua belah pihak dan perjanjian rasmi bagi kedua-dua presiden. Berikut adalah contoh pujuk rayu Rusia kepada Amerika, yang merupakan satu penghinaan.

3. Rusia sedar pada masa yang sama mereka tidak dapat berbuat demikian tanpa Amerika, dan terus menghantar rayuan demi rayuan kepada Amerika  ; ia merupakan satu penghinaan buat Rusia yang telah mula sirna , sebagaimana yang dinyatakan di atas berkenaan permintaan Rusia untuk mengadakan pertemuan diantara Putin dan Trump. Oleh kerana ,Rusia ingin segera mencari penyelesaian bagi Syria, Presidennya, Putin, menjemput penjenayah Bashar bagi mengadakan pertemuan di Sochi pada 20/11/2017, dan kemudian Putin telah menghubungi Trump pada 21/11/2017, memberitahunya perkembangan pertemuannya dengan Bashar : ” Hari ini (Selasa) Presiden Rusia Vladimir Putin menghubungi ,  rakan sejawatnya, Donald Trump, yang memfokuskan kepada krisis di Syria dan hasil pertemuannya dengan Bashar al-Assad. (Rusia Today 21/11/2017).

Oleh itu, Rusia sangat terdesak untuk mencari solusi bagi krisis Syria, dan  berfantasi sebagaimana biasa bahawa ia memerlukan sebuah kuasa besar untuk bersama-sama Amerika bagi menyelesaikan krisis Syria, jadi hari ini Rusia begitu bersemangat untuk mengambil penyelesaian politik kerana ia merupakan solusi terbaik untuk keluar dari krisis ini. Penyelesaian politik akan dapat menghentikan kemerosotan ekonomi akibat daripada penglibatan ketenteraan.

Disebabkan perkara-perkara di atas , Rusia mengambil inisiatif untuk mengadakan mesyuarat bagi menunjukkan Rusia mengetuai dalam mencari penyelesaian bagi Syria; Oleh itu, Rusia memanggil Bashar, kemudian Erdogan dan Rouhani, dan kemudian merancang untuk memanggil wakil-wakil yang disebut “semua wakil-wakil bagi kelompok rakyat Syria ” bagi mencari solusi untuk krisis Syria. Rusia merayu-rayu Amerika untuk menyertainya bagi mencapai penyelesaian yang segera , Rusia telah mengumumkan hasratnya untuk menarik balik sebilangan pasukan tenteranya : “Ini berkemungkinan untuk mengurangkan jumlah pasukan tentera Rusia di Syria ( dengan drastik) dan ia akan bermula sebelum akhir tahun ini, “kata Valery Gerasimov, Chief of Staff, angkatan tentera Rusia, pada Khamis … (Euronews 23/11/2017). Walau bagaimanapun, Amerika lambat menjawab balas semua permintaan-permintaan Rusia tersebut.

4. Krisis Syria ini merupakan satu permainan Amerika dan Rusia, iaitu, membiarkan Rusia sendirian dalam kekacauan dan mengabaikan tuntutan-tuntutan ia dan tidak menyelaraskan isu-isu yang berlaku kecuali dalam beberapa isu dan hanya melalui para pengikutnya , yang menunjukkan bahawa semua usaha Rusia untuk memimpin penyelesaian politik di Syria menuju kegagalan kerana Rusia jatuh ke dalam kancah utama percaturan Amerika di Syria .Namun,  Apa yang Amerika sembunyikan ? dan  terus mempergunakan Rusia sebagai salah satu alat untuk meneruskan hegemoni Amerika di Syria bagi menghalang revolusi dan ruh Islam yang ada di dalamnya ; Rusia tidak mempunyai peranan yang penting dalam menyelesaikan krisis Syria walaupun beberapa mesyuarat & persidangan dan pertemuan di Moscow dan Sochi …

Dan sebelum langkah-langkah Rusia dengan Amerika jelas, semua inisiatif Rusia bagi penyelesaian di Syria akan hanya berdiri lemah sementara menunggu penglibatan Amerika. Apabila elemen-elemen  penyelesaiannya telah matang di Syria, Amerika dijangka membawa ke hadapan dan mengusulkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau melalui sekutunya serantaunya untuk memberi solusi bagi Syria.

5. Ini merupakan apa yang terselindung di sebalik daripada penglibatan Rusia dan Amerika di Syria, yang boleh digagalkan, Insya Allah, jika puak-puak bersenjata mengikuti jalan yang lurus dan memutuskan hubungan mereka dengan agen-agen Amerika di rantau ini , terutama Turki dan Arab Saudi, dan kemudian berdiri di hadapan rejim dengan keikhlasan dan bergabung dengan yang ikhlas di dalam Ummah, berpegang pada tali Allah. Dan kemudian Syria, InsyaAllah, akan memberikan kekecewaan kepada Amerika dan Rusia, dan yang akan memecahkan belakang kedua-duanya dan mereka akan tewas , dan melarikan diri tanpa memerhatikan lagi apa di belakang mereka . Ini tidak sukar untuk dicapai oleh Allah s.w.t.

21 Rabiul Awwal 1439H
9 Disember 2017

(Terjemahan)

Sumber khilafah.com