Mengapa Hizbut Tahrir?

بسم الله الرحمن الرحيم

“SEMPENA 100 TAHUN KEJATUHAN KHILAFAH…AYUH TEGAKKANNYA WAHAI KAUM MUSLIMIN”

UCAPAN 10

Mengapa Hizbut Tahrir?

Sheikh Yusuf Makharza – Palestin

(Terjemahan)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada Rasulullah (saw). Amma ba’du.

Khilafah, yang merupakan projek seluruh umat Islam, adalah satu projek yang sangat berat dari segi tanggungjawabnya yang sangat besar, bebannya, dan ranjau duri yang bertebaran di jalannya, yang penuh dengan cabaran daripada musuh luaran dalam kalangan golongan kuffar dan daripada musuh dalaman meliputi agen-agen puak kuffar yang mahu mempertahankan sistem kufur yang ada, golongan munafik, golongan jahiliyyah dan pragmatis.

Terdapat perbezaan antara pendekatan oleh golongan yang telah meninggalkan usaha mengembalikan Khilafah – ada golongan yang menganggap diri mereka sebagai kelompok moderat dan ada pula golongan pelampau. Ada juga golongan yang berpendapat bahawa realiti yang wujud hari ini bertepatan dengan Islam, yang boleh dibaiki serba-sedikit. Terdapat pula golongan yang melihat bahawa orang-orang dalam masyarakat sebagai kafir yang perlu ditentang dan dibunuh.

Hizbut Tahrir muncul di tengah-tengah masyarakat dan menjelaskan realiti sebenar masyarakat sekarang ini menurut perspektif mabda’ (ideologi) yang dibawanya. Hizb memandang umat sebagai Muslim, tetapi diperintah oleh sistem kufur dan Hizb melihat masalah ini berpunca daripada ketiadaan sistem Islam yang mana sistem itu telah diragut daripada umat Islam. Hizb melihat bahawa semua tindakan pembaharuan tidak akan berhasil melainkan umat Islam mempunyai kesedaran terhadap Deen dan realiti, dan mempunyai iltizam untuk membangun hubungan kemasyarakatan berasaskan hukum-hukum Islam yang terbit dari akidah umat, yakni akidah Islam.

Hizb meyakini bahawa sebarang fokus terhadap usaha tambal-sulam di sana sini, akan hanya melanjutkan usia era yang penuh korup ini, manakala sebarang kerjasama dengan tali barut penjajah merupakan sebuah kehinaan dan penyimpangan dari jalan yang benar. Penerimaan kepada keberhasilan yang bersifat sekerat, yang membelakangi hukum Islam, adalah satu bentuk kepasrahan terhadap realiti yang wujud pada masa kini.

Justeru, Hizb bergerak untuk membawa pemahaman yang benar ke dalam umat dan berusaha meningkatkan kesedaran umat agar umat mengambil Islam sebagai mabda’, lalu berganding bahu dengan Hizb untuk menerapkannya dalam realiti kehidupan. Atas dasar itu, para penguasa boneka bertindak menghadapi Hizb dengan penyeksaan, penganiayaan, sekatan atas kehidupan, pemenjaraan, dan ada kalanya sehingga kepada pembunuhan. Namun, dengan rahmat Allah, Hizb kekal teguh dan tidak berubah mahupun mengubah caranya; Hizb kekal bersabar dengan mengharapkan redha Allah (swt), Tuhan sekalian alam.

Hizb tetap teguh mengikuti metode Rasulullah (saw) dalam melakukan perubahan, dan berpegang teguh dengan metode untuk membina sebuah kutlah (kelompok) yang beriman, yang berinteraksi dengan masyarakat untuk menyerang idea-idea dan sistem-sistem korup yang berleluasa pada waktu ini dan menggantikannya dengan sistem Islam. Hizb tampil menghadapi idea-idea korup seperti patriotisme, nasionalisme, demokrasi, sosialisme dan idea-idea yang mengelirukan, dan turut menghadapi kuasa-kuasa gelap yang bergelumang dengan korupsi.

Hizb berpegang teguh kepada metode Rasulullah (saw) kerana yakin bahawa metode yang benar akan memastikan Hizb terus wujud dan Dia (swt) tidak akan membiarkan Hizb musnah. Hizb tidak berkompromi dan tidak akan pernah menerima pemerintahan yang korup; Hizb tidak menerima penyertaan dalam sistem kufur. Atas dasar itu, Allah (swt) menyelamatkan Hizb daripada apa yang menimpa parti-parti yang menyimpang daripada jalan Rasulullah (saw) melalui tafsiran mereka (yang menyimpang). Parti-parti tersebut akhirnya terjerumus ke dalam kejahatan dengan apa yang mereka lakukan. Mereka telah menjadi sebahagian daripada realiti yang korup. Media mereka berlumba-lumba dalam melakukan usaha demi memuaskan kehendak kaum Yahudi dan Nasrani. Manakala Hizb kekal teguh dan murni, tidak berkompromi, tidak bermanis muka, dan tidak terjerumus ke dalam percaturan yang meragukan. Sebaliknya, Hizb tetap dengan jalan dakwahnya meskipun berhadapan dengan pelbagai kekerasan dan kesukaran; semua ini berasaskan keyakinan terhadap mabda’nya yang benar untuk meraih kepimpinan umat, dan bukannya Hizb secara sendiri naik ke pemerintahan.

Umat hari ini telah semakin mendekati metode Hizb kerana ia (umat) selama ini telah pun cuba menggunakan pendekatan bertolak ansur dengan pemerintah yang korup, namun gagal. Umat juga telah mencuba golongan pelampau, namun gagal. Umat juga telah mencuba semua idea-idea yang ditolak oleh Hizb, namun semuanya gagal (untuk mencapai kemenangan Islam). Hizb berhak mempercayai fakta ini (bahawa umat sudah semakin mendekati metode Hizb) kerana gagalnya jalan-jalan lain yang diambil oleh umat, yang menyimpang dari jalan yang benar. Oleh yang demikian, Hizb telah menjadi perhitungan bagi umat dan jalan di antara Hizb dengan umat menjadi semakin jernih dan jelas.

Umat ini juga sedang terganggu dengan golongan yang menjadi pelaksana kepada agenda kuffar dan beranggapan bahawa mereka melakukan kebaikan. Hal ini berlaku akibat kegagalan mereka memahami politik dunia, dan mereka gagal membaca niat puak kuffar dalam agenda tersebut, sehinggakan banyak gerakan yang memikul beban bagi pihak musuh untuk mereka mencapai satu keadaan yang mereka sendiri tidak akan capai. Mereka menjalankan agenda kuffar dengan menyangka bahawa mereka berbakti untuk Islam! Inilah natijah daripada tiada kesedaran terhadap peri pentingnya memahami suasana politik antarabangsa dan politik tempatan. Justeru, Hizbut Tahrir, dengan metodenya, sama sekali tidak pernah dan tidak akan terperangkap dengan melaksanakan agenda musuh yang kafir, dan tidak akan pernah bergerak untuk memenuhi matlamat mereka (orang-orang kafir).

Tambahan pula, naiknya beberapa gerakan Islam ke tampuk pemerintahan tidak pernah berjaya membawa perubahan yang diharapkan dan tidak pernah berjaya menamatkan kekufuran. Umat Islam tetap tidak berjaya mencampakkan sistem pemerintahan kufur yang terus diterapkan oleh gerakan Islam tadi. Perubahan mendasar tidak berlaku kerana perubahan yang dibawa (jika ada) hanyalah perubahan kulit semata-mata, sedangkan isinya masih sama – sistem kufur tetap wujud dan mengawal sendi-sendi negara. Mereka yang hadir ke peti undi hanya sekadar menunggu untuk dijatuhkan oleh tentera yang menjadi tulang belakang negara. Oleh itu, segala usaha umat untuk melakukan perubahan menjadi sia-sia belaka tatkala umat mengikuti mereka yang kelihatannya mahu melakukan perubahan isi, malangnya hanya perubahan kulit yang terjadi. Mereka lalu dihumban dari kehidupan dan gerak atur masyarakat.

Apabila orang bertanya, mengapa Hizbut Tahrir? Maka kami katakan kepada mereka: Kerana ia (Hizbut Tahrir) tidak akan menerima sebarang tawaran selain daripada mengembalikan Khilafah sebagai perjuangannya, dan ia tidak akan menerima apa jua percaturan yang melibatkan ejen puak kuffar atau agenda negara kuffar. Hizbut Tahrir menginginkan umat Islam benar-benar memiliki iltizam (untuk menegakkan Islam), dan Hizbut Tahrir sama sekali tidak akan terpedaya untuk menyertai pemerintahan yang tidak bermoral atau menjadi ejen (kepada kuffar).

Hizbut Tahrir tidak akan pernah lupa jalan syarie yang diambilnya, juga tidak akan menempuh jalan yang sia-sia sebagaimana yang telah ditempuh oleh gerakan-gerakan yang telah gagal sebelum ini. Hizbut Tahrir tidak akan duduk di kerusi yang penuh noda, dan tidak akan bermanis muka dengan golongan hipokrit. Hizbut Tahrir tidak akan mengambil sebarang penyelesaian separuh masak atau suku masak. Hizbut Tahrir tidak akan menerima pemerintahan yang tunduk dan terikat (kepada puak kuffar). Hizbut Tahrir tidak mencari manfaat dan jawatan.

Hizbut Tahrir teguh di atas metodenya mencari kebenaran dan terpelihara daripada kekejian dan kebatilan, dan teguh menghadapi musuh-musuh umat. Hizbut Tahrir membersihkan Islam daripada golongan yang mencemarinya, yang lancang dan yang cuba merosakkannya, yang angkuh dan melampaui batas. Hizbut Tahrir mendedahkan kepada umat siapakah kawan dan siapakah lawan yang sebenar. Hizbut Tahrir sentiasa menyeru umat ini kepada jalan kebenaran, kerana Hizbut Tahrir tidak menerima sebarang bentuk penyimpangan atas hukum Allah (swt) untuk diganti dengan hukum duniawi (ciptaan manusia).

Hizbut Tahrir tidak menerima apa jua hukum yang tidak diasaskan kepada syariah, dan tidak terpedaya sama sekali terhadap ilusi kemuliaan yang hakikatnya diselubungi kehinaan. Oleh kerana Hizbut Tahrir tidak pernah memisahkan dirinya daripada umat, maka ia tidak pernah melihat dirinya sebagai sebuah gerakan Islam yang siapa yang meninggalkannya akan berada di neraka.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir merupakan sebuah kelompok yang terdiri daripada ahli-ahli yang diatur berdasarkan sebuah kefahaman yang khas, yang menuntut mereka untuk berkhidmat kepada umat dengan cara memimpin mereka ke jalan yang akan menyelamatkan mereka, memimpin mereka dengan penuh komitmen terhadap pematuhan hukum-hukum syarak.

Ahli-ahli Hizbut Tahrir tidak akan menyimpang daripada kaedah tersebut sehinggalah mereka menemui Allah (swt). Semua ini terkandung dalam kesedaran Hizbut Tahrir terhadap Islam, kesedaran terhadap keadaan dunia, kefahaman terhadap situasi antarabangsa, dan pembacaan yang penuh teliti terhadapnya, tanpa mengharapkan apa-apa pujian.

Disebabkan semua ini, pilihan kami adalah Hizbut Tahrir, sebuah kepemimpinan yang tidak akan membohongi warganya. Justeru, ayuhlah bersama kami, dan kita sama-sama berjuang untuk menegakkan Daulah Islam, kerana ia merupakan sumber kegemilangan kita dan keredhaan Tuhan kita, dan merupakan jalan kepada jihad dan pembebasan wilayah-wilayah kita.

أقيموا_الخلافة#

#TegakkanKhilafah

#EstablishTheKhilafah