Seruan HTM peringati penderitaan umat Islam 2013

KUALA LUMPUR 3 Jan – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) melakukan seruan secara serentak di beberapa masjid terpilih di beberapa negeri selepas solat Jumaat hari ini bagi mengingatkan kaum Muslimin akan penderitaan yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia dan juga di tanah air sepanjang 2013.

Di dalam seruan tersebut, HTM menjelaskan bagaimana 2013 berlalu dengan penuh kesengsaraan yang masih belum berkesudahan dialami oleh dunia Islam. Beberapa wilayah umat Islam masih terjajah dan beberapa wilayah lain masih terus bergolak.

Manakala di Malaysia pula kes jenayah masih menjadi santapan harian rakyat, masalah sosial, rasuah dan banyak lagi di Malaysia juga mencatatkan rekod yang masih terlalu tinggi. Sementara itu, kedatangan 2014 menjanjikan bebanan kepada seluruh rakyat dengan kenaikan tarif elektrik dan tol disamping kenaikan harga minyak, gula dan lain-lain yang sedia ada.

Kesemua penderitaan yang dialami oleh umat Islam ini berpunca dari sistem kufur yang diterapkan oleh pemerintah dan sikap pemerintahan yang menjadi pengkhianat kepada umat dan boneka kepada Barat. Sesungguhnya kesemua kesengsaraan ini tidak lepas dari penerapan sistem demokrasi-kapitalisme ke atas umat Islam.

Di akhir seruan, HTM menegaskan tentang keberadaan Hizbut Tahrir di seluruh dunia yang sedang berusaha mengeluarkan umat Islam dari semua permasalahan dengan mengembalikan semula Islam ke dalam kehidupan. Hizbut Tahrir telah bersumpah kepada Allah untuk menegakkan hukumNya secara kaffah dengan jalan menegakkan semula Khilafah Islamiyyah. Hizbut Tahrir seterusnya menyeru agar kaum Muslimin amnya dan para hadhirin khususnya bergabung dengan barisan pemuda Hizbut Tahrir bagi menggalas dan merealisasikan usaha yang mulia ini.
 


Masjid Negara, Kuala Lumpur


Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi


Masjid Nurul Hidayah (Masjid Daerah), Manjung


Masjid Sg. Abong, Muar


Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai, Skudai, Johor


Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh


Masjid Terapung, Kuala Perlis


Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Po Hing